YSIJ dan Singapura sumbang kit ujian RTK-AG untuk Johor

Bernama
Ogos 5, 2021 16:21 MYT
YSIJ dengan kerjasama kerajaan Singapura hari ini menyumbangkan 100,000 Panbio COVID-19 Antigen Rapid Test Kit (RTK-AG) kepada Johor. - Foto Facebook/Singapore High Commission in KL
JOHOR BAHRU: Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) dengan kerjasama kerajaan Singapura hari ini menyumbangkan 100,000 Panbio COVID-19 Antigen Rapid Test Kit (RTK-AG) kepada Johor.
Menerusi kenyataan di Facebook rasmi Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar sumbangan itu diserahkan Konsul Jeneral Singapura di Johor Bahru Jeevan Singh kepada Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad yang juga Pengerusi Kehormat YSIJ.
Sementara itu, Jeevan Singh berkata kerajaan Singapura sentiasa terbuka untuk membantu Malaysia terutama negeri Johor dalam menangani pandemik COVID-19.
Pada Jun Jabatan Kesihatan Negeri Johor menerima 20,000 Panbio COVID-19 Antigen Rapid Test Kit (RTK-AG) sumbangan Yayasan Temasek dari Singapura.
Kit ujian ini dapat mengesan virus COVID-19 dalam masa 15 hingga 20 minit berbanding ujian Polimerase Chain Reaction (PCR) yang memakan masa 48 hingga 72 jam.
-- BERNAMA
#YSIJ #Singapura #Yayasan Sultan Ibrahim Johor #kit ujian #RTK-Ag #COVID-19 #Johor