Penyandang kerusi Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff mengingatkan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa pengundi di kawasan itu mahu anak tempatan jadi wakil rakyat mereka.
Yusmadi membuat ingatan itu selepas mendapat maklumat namanya tidak disenaraikan sebagai calon di kerusi P53.
"Isu anak tempatan ialah isu yang dekat di hati penduduk Balik Pulau," kata beliau semasa dihubungi Astro Awani.
Astro Awani difahamkan Yusmadi tidak termasuk dalam senarai akhir calon PKR yang telah diluluskan oleh pimpinan parti dan dipersetujui oleh pimpinan Pakatan Rakyat.
Mesej Yusmadi melalui Twitter hari ini turut mengukuhkan hal itu.
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dalam sidang media hari ini bagaimanapun berkata berita itu tidak benar kerana keputusan kerusi belum dimuktamadkan.
"Itu mungkin pandangan beliau (Yusmadi) di Twitter tetapi parti akan memuktamadkan calon"
"Calon bertanding di Pulau Pinang akan diumumkan Ketua Pembangkang(Datuk Seri Anwar Ibrahim) hari ini, termasuk kerusi yang akan ditandinginya," kata Azmin.
Anwar akan membuat pengumuman itu pada majlis Jelajah Merdeka Rakyat di Permatang Pauh, malam ini.
Antara nama yang disebut-sebut akan ditunjuk sebagai calon PKR bagi kawasan Parlimen Balik Pulau ialah ahli korporat, Mohamad Bakhtiar Wan Chik..
"Saya difahamkan beliau anak Bukit Gelugor bukan Balik Pulau. Kalau dikatakan reaksi penduduk tempatan, calon bukan anak tempatan itu bukan perkara baru. Malah sejak 1960-an lagi. Faktor anak tempatan menjadi kayu ukur di Balik Pulau," jelas Yusmadi.
Dalam pilihan raya umum 2008, Yusmadi mengalahkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Norraesah Mohamad dengan majoriti 708 undi.
Beliau memperolehi 15,749 undi berbanding Norraesah yang mendapat 15,041 undi.
Pengguguran Yusmadi tidak begitu mengejutkan kerana spekulasi mengenainya telah terdengar sejak beberapa bulan lalu.
Bagaimanapun, ia dijangka akan jadi satu cabaran kepada PKR untuk mengekalkan kemenangan di kerusi majoriti Melayu itu terutama ketika sentimen pengundi Melayu lebih condong memilih UMNO pada PRU-13 nanti.
Ashwad Ismail
Fri Apr 05 2013
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
Balik Pulau jadi 'syurga' durian dengan lebih 30 variasi
Balik Pulau sememangnya terkenal sebagai syurga durian dalam kalangan penggemar raja buah itu.
Tiada unsur jenayah, tersedut asap punca kematian tiga beranak - Polis
Kematian tiga beranak dalam kebakaran sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Balik Pulau semalam tidak membabitkan sebarang unsur jenayah.
Seorang maut, van bawa pelancong Singapura jatuh cerun di Balik Pulau
Sebuah van persiaran yang membawa sekumpulan pelancong dari Singapura dilaporkan terbabas dan terjunam dari Bukit Genting.
Video tular: Wanita cedera parah ditimpa buah kelapa
Seorang wanita cedera parah selepas sebiji buah kelapa tiba-tiba jatuh lalu menimpanya ketika dia yang sedang membonceng motosikal bersama anaknya.
Jalan di Balik Pulau dilencongkan atasi kesesakan ketika musim durian
Ia berikutan peningkatan kenderaan yang masuk ke daerah itu kerana musim durian dan cuti sekolah ketika ini.
Tanah runtuh berhampiran Pusat Falak Sheikh Tahir
Ekoran itu, bangunan Pusat Falak Sheikh Tahir di Jalan Pantai Acheh, Balik Pulau tidak selamat diduduki buat sementara waktu.
Seorang lagi suspek pecah masuk rumah Datuk Bandar MBPP ditahan
Suspek berusia 32 tahun itu ditahan awal pagi tadi di kawasan Balik Pulau.
Ingkar kuarantin: Lelaki gelang putih didenda RM2,500
Majistret, Khalijah Mohd Khalid menjatuhkan hukuman itu selepas S. Ramesh Kumar, 42, mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut.
Empat kes JE di Pulau Pinang negatif
Empat daripada tujuh kes Japanese Encephalitis (JE) yang dilaporkan di Pulau Pinang sejak Januari hingga semalam disahkan negatif, menurut Jabatan Kesihatan (JKN) Pulau Pinang.
Durian dilelong pada harga murah
Peniaga di Jitra, Kedah ambil keputusan jual durian pada harga RM6 hingga RM10 sekilogram.