Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu memberi penjelasan kepada pimpinan tertinggi parti serta ahli berkenaan sokongan Ahli Parlimen UMNO kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam, Datuk Zakaria Dullah berkata, ahli-ahli UMNO ingin mengetahui kenapa keputusan tersebut dibuat.
Menurut beliau, pernyataan sokongan kepada Ahli Parlimen Port Dickson itu dilihat bertentangan dengan janji sebelum ini yang telah mengizinkan Ahli-ahli Parlimen UMNO untuk menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Penjelasan begini diperlukan bagi meredakan segala keraguan. Berbalik kepada kenyataan Pas, mereka juga ada asas untuk mengetahui apa maksud sebenar kenyataan Presiden UMNO itu.
"Penjelasan perlu disebabkan asas pembentukan Muafakat Nasional itu dahulu mengambil kira soal agama, bangsa dan tanah air.
"Suka atau tidak, kerajaan ini perlu disokong sehingga pembubaran Parlimen berlaku satu masa nanti.
"Apa nak jadi lepas itu, kita bincang kemudian," katanya menerusi satu kenyataan media.
Beliau pada masa sama turut memberi pesanan kepada para pemimpin parti Melayu terbesar di negara ini.
"Dalam kehidupan, jika kita meletak akhirat di depan, pasti dunia akan menyusul sama. Jika kita letak dunia di hadapan, belum pasti akhirat akan turut serta.
"Begitu juga dalam perjuangan. Jika kita letak perjuangan itu di depan, pasti segala apa halangan dan rintangan kita akan dapat selesaikan.
"Tapi jika jika letak kepentingan diri sendiri itu di hadapan, maka kita sentiasa tidak akan jumpa jalan keluarnya.
"Begitu juga sekarang. Jika kita letak perjuangan di depan dan faham akan asas terbentuknya gabungan Kerajaan ini, pasti kita akan jumpa jalan keluar dan kerajaan Melayu Islam yang kita tunjangi ini akan jadi lebih baik dan dihormati," katanya.
Justeru, ujar beliau, tiba masa untuk parti Melayu Islam menunjukkan mereka mampu bersepakat dan bersatu bukan sahaja dalam menguruskan negara dan rakyat, tetapi turut dihormati dunia.
Ahmad Zahid sebelum ini berkata, UMNO dan Barisan Nasional tidak dapat menghalang Ahli-Ahli Parlimen parti itu untuk mengambil keputusan menyokong Anwar yang berhasrat untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.
Ini kerana, kata beliau, UMNO dan BN bukan merupakan parti komponen PN.
BACA: UMNO, BN tidak dapat halang Ahli Parlimennya mahu sokong Anwar - Ahmad Zahid
BACA: MP UMNO sokong Anwar? Ini pandangan Tun Mahathir
Astro Awani
Fri Sep 25 2020
Pernyataan sokongan kepada Anwar Ibrahim dilihat bertentangan dengan janji sebelum ini yang telah mengizinkan Ahli-ahli Parlimen UMNO untuk menyokong kerajaan Perikatan Nasional. - Gambar hiasan BERNAMA
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama STEM - PM Anwar
Anwar berkata, kepakaran Rusia yang diiktiraf dalam STEM selaras dengan aspirasi banyak negara Islam, termasuk Malaysia.
PM Anwar merafak sembah ucapan tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Selangor
Anwar mendoakan semoga Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan.
Pembangunan perumahan mesti penuhi aspek manusiawi - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu projek perumahan khususnya rumah mampu milik, mesti memenuhi aspek manusia dan keperluan asas rakyat.
Titah Adendum: Anwar serah kepada Agong isu Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.
Titah Adendum: Tidak munasabah ulas isu dalam prosiding mahkamah secara terbuka - Anwar
Perdana Menteri menegaskan bahawa isu kewujudan Titah Adendum yang membolehkan Datuk Seri Najib menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah tidak wajar diulas secara terbuka.
Pulau Batu Puteh: Jika saya khianat, TPM masa itu juga khianat - Tun Mahathir
Dr Mahathir menegaskan, beliau tidak sama sekali menggadai kedaulatan Malaysia dan segala keputusan yang dibuat adalah demi bangsa, agama, serta negara.