Kerajaan Malaysia akan memastikan tidak ada seorang pun penceroboh militan di Lahad Datu, Sabah terlepas. Sebaliknya, mereka akan ditembak mati atau ditangkap hidup-hidup untuk dibicarakan mengikut undang-undang Malaysia.
Mereka juga tidak akan dihantar balik ke Filipina kerana telah membunuh lapan anggota polis Malaysia dengan cara yang paling kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, tidak ada undang-undang peperangan atau catatan di dalam Konvensyen Geneva yang membenarkan tindakan sadis .
"Saya mahu tidak seorang pun penceroboh militan ini harus dilepaskan. Kita mahu mereka tidak terlepas daripada kepungan kita dan kita mahu penceroboh militan ini samada ditembak mati, ditangkap hidup-hidup, kita bicarakan mereka mengikut undang-undang Malaysia.
Saya fikir ini adalah perbuatan yang langsung tidak ada peri kemanusiaan yang dikuasai oleh iblis dan syaitan dan mungkin..mungkin ada pengaruh dadah atau ada ilmu hitam yang mereka gunakan.
Tetapi apa yang mereka lakukan, rakyat Malaysia langsung tidak dapat menerima perbuatan sadis, perbuatan tanpa rasa belas kasihan dan rasa peri kemanusiaan di kalangan pengganas, di kalangan penceroboh militan ini." ujar Zahid.
Beliau yang juga Naib Presiden Umno ditemui selepas melancarkan Skuad BN dan NGO di Ipoh pada Ahad.
Zahid memberitahu, buat masa ini pasukan keselamatan Malaysia sedang menjalankan operasi pembersihan dan penggeledahan di tiga kawasan iaitu Kg Tanduo, Tanjung Labian dan Tanjung Batu kerana tidak ada tanda-tanda penceroboh mahu meletakkan senjata kerana mereka telah dijanjikan sejumlah wang dan tanah oleh ‘Sultan’ Jamalul Kiram III dan pemimpin lain.
Sambil memuji kesungguhan dan semangat tinggi anggota tentera dan polis yang terlibat di dalam Ops Daulat, menteri pertahanan itu berkata, angkatan tentera laut Filipina dan pengawal pantai mereka telah mengambil langkah untuk menyekat kemasukan penduduk dari Sulu ke Sabah.
Beliau mencabar pemimpin pembangkang yang mendakwa pencerobohan ini sebagai sebuah drama dan konspirasi supaya pergi sendiri berjuang di Lahad Datu.
Astro Awani
Sun Mar 10 2013
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Filipina pindahkan lebih 45,000 penduduk susulan letusan Gunung Berapi Kanlaon
Lebih 45,000 penduduk dari kampung-kampung berhampiran Gunung Berapi Kanlaon yang aktif dipindahkan selepas ia meletus pada Isnin.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
87,000 penduduk akan dipindahkan susulan letusan gunung berapi di Filipina
Penduduk yang tinggal dalam radius enam kilometer dari puncak Gunung Berapi Kanlaon itu disarankan supaya berpindah segera.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kes HIV di Filipina dijangka cecah 215,400 menjelang hujung tahun
Jabatan Kesihatan Filipina (DOH) memaklumkan bahawa jumlah kes HIV di negara itu dijangka mencecah 215,400 sebelum penghujung 2024.
Ribuan orang hilang tempat tinggal akibat kebakaran besar di Manila
Ribuan orang hilang tempat tinggal selepas kebakaran besar melanda sebuah kawasan miskin di ibu negara Filipina pada Ahad.
Ribut dihadapi Filipina berkurangan tetapi semakin kuat - PAGASA
Filipina kini menghadapi ribut yang semakin berkurangan tetapi bertambah kuat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Taufan Filipina: Lebih 20 juta penduduk terkesan, jambatan runtuh sukarkan misi Mercy
Lebih 20 juta penduduk di Filipina terkesan akibat enam siri taufan yang berlaku di Filipina dalam tempoh sebulan.
Sekurang-kurangnya 8 maut selepas Taufan Man-yi landa Filipina
Taufan Man-yi meragut sekurang-kurangnya lapan nyawa dan mencederakan tiga yang lain selepas ia melanda Filipina hujung minggu lepas.