KUALA LUMPUR: Kedudukan Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi masih kekal selagi tiada keputusan dibuat, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.
Beliau berkata, setakat ini Zuraida tidak membuat tindakan rasmi untuk berhenti sebagai anggota Kabinet dan beliau selaku Perdana Menteri juga tidak memecat Ahli Parlimen Ampang itu.
Katanya, keputusan masih terletak di tangannya dan beliau akan memanggil Zuraida untuk mengadakan perbincangan lanjut.
“Keputusan akhir (bergantung) kepada Perdana Menteri. Jadi, oleh kerana masih terlalu awal untuk buat keputusan, kerana belum ada perjumpaan untuk kita bincang dan sebagainya, saya tak komenlah.
"Apa tindakan seterusnya, tunggu saya balik dulu. Saya panggil dia bincang, baru kita buat keputusan,” katanya pada sidang media di Tokyo, susulan lawatan kerja rasminya ke Jepun yang berakhir Sabtu.
Pada Khamis, Zuraida yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengumumkan hasrat keluar parti dan menyertai Parti Bangsa Malaysia.
Katanya, beliau juga membuat keputusan untuk berhenti daripada menjadi ahli Kabinet namun masih tetap menyokong Ismail Sabri selaku Perdana Menteri.
Susulan kenyataan beliau, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, parti akan menghantar nama baharu kepada Perdana Menteri bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Zuraida.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, semua pihak berhak memberi pandangan, namun beliau enggan membuat keputusan selagi belum berjumpa dengan Zuraida sendiri.
Tambahnya, Zuraida masih boleh menghadiri mesyuarat Kabinet pada Rabu ini.
“Setakat ini dia masih boleh hadir sebab dia tak letak jawatan sebagai menteri Kabinet dan saya pun tak pecat dia sebagai menteri Kabinet.
"Dia masih ahli Kabinet sehingga Rabu ini, sehingga dia berjumpa saya.
“Dan walaupun berjumpa dengan saya, saya tak tahu saya akan buat keputusan atau tidak. Tunggu saya putuskan, untuk dia berhenti sebagai menteri dan saya akan lantik lain... kalau saya lantik yang lain," katanya.
Ismail Sabri juga meminta semua pihak yang berkenaan terus menjalankan tugas seperti biasa sehingga sebarang keputusan dibuat.
"Semua orang berhak beri pandangan dan saya hormati setiap pandangan diberi, sebagai landasan saya untuk buat keputusan seterusnya, tetapi setakat ini tiada keputusan lagi,” tambahnya.
Firdaus Azil
Sat May 28 2022
Ismail Sabri mengadakan sidang media susulan lawatan kerja beliau ke Tokyo, Jepun. - Foto Astro AWANI
Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 4.35 petang pada Rabu.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Buka tirai edisi ke-13, komited jadi pemacu WST2040
Ekspo dan Forum ASIAWATER secara rasmi membuka tirai penganjuran kali ke-13 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur untuk tiga hari dari 23 hingga 25 April 2024.
Empat ahli along didakwa lakukan khianat dengan api
Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Pemberhentian pekerja: 6,000 pekerja Tesla di Texas, California terlibat
Tesla akan memberhentikan 6,020 pekerja di Texas dan California menjelang pengumuman keputusan suku tahunannya pada Rabu.
Perbelanjaan isi rumah dijangka naik 5.0 peratus sepanjang 2024 - BMI
BMI melalui satu nota penyelidikan berkata ia mempunyai pandangan yang berhati-hati tetapi positif bagi perbelanjaan pengguna di Malaysia sepanjang 2024 memandangkan pemulihan ekonomi akan diterjemahkan kepada pertumbuhan perbelanjaan pengguna sebenar yang kukuh sepanjang tahun penuh.
Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
Banyakkan program, tarik minat pelajar dalam bidang STEM - Wan Azizah
Pendedahan pelbagai program berasaskan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) perlu dilaksanakan secara berterusan.
Yen jatuh, pasaran berjaga-jaga awasi tindakan Jepun
Dolar meningkat setinggi 154.88 berbanding yen, paling tinggi direkod sejak 34 tahun.
Pusat data membentuk sebahagian besar daripada pelaburan digital dilulus berjumlah RM144.7 bilion
Pada 2021 pelaburan dilulus dalam pusat data berjumlah RM3.4 billion, RM80.8 bilion pada 2022 dan RM60.5 bilion tahun lepas.
Nahas helikopter Lumut: PM akan umum bantuan untuk waris mangsa - TPM
Kerajaan akan mengumumkan bantuan khas kepada waris 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut.
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Peruntukan pembangkang: PM Anwar selesai bermesyuarat
Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 5.50 petang turut dihadiri pemimpin utama parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.
PM hulur sumbangan tampung kos perubatan adik Tasnim
Perdana Menteri menyerahkan sumbangan bagi menampung kos perubatan adik Tasnim Al-Ulya Amali Mohammad Raji yang hilang upaya kekal.
Mesyuarat dijangka bincang isu peruntukan ahli Parlimen pembangkang petang ini
Kediaman rasmi Perdana Menteri menjadi tumpuan apabila Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan dijangka berlangsung.
PM Anwar beri bantuan tunai kepada peniaga terkesan kebakaran Pasar Raya Mydin di Manjoi
Perdana Menteri menyampaikan bantuan tunai kepada 17 peniaga terkesan akibat kebakaran di Pasar Raya Besar Mydin di Manjoi pada Mac lepas.
Banyak peluang boleh diteroka Malaysia-Republik Kyrgyz - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap hubungan antara Malaysia dan Republik Kyrgyz akan lebih akrab pada masa hadapan.
Langkah reformasi awal kerajaan buahkan hasil - Anwar
Perdana Menteri berkata langkah reformasi awal yang dilaksana kerajaan membuahkan hasil dengan peningkatan pelaburan dan pelbagai pengiktirafan.
PM kunjungi bazar Ramadan di Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa meninjau Bazar Ramadan di Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan.