Seorang penyelidik HIV dari Netherlands adalah antara 298 orang yang terbunuh dalam pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 yang dipercayai ditembak jatuh dekat sempadan Ukraine-Rusia, lapor agensi berita Australian Associated Press.

Dr. Joep Lange dalam perjalanan untuk menghadiri Persidangan AIDS Antarabangsa yang ke-20 di Melbourne. Persidangan itu dijadual berlangsung antara 20 hingga 25 Julai ini.

Laporan AAP itu memetik kenyataan seorang penganalisis politik, Mark Gettleson di London melalui Twitter. Beliau menyebut beberapa aktivis


Seorang aktivis AIDS yang juga ahli akademik, Gregg Gonsalves juga menulis maklumat yang sama di Twitter. Beliau menyebut Dr. Lange sebagai seorang daripada penumpang pesawat malang itu biarpun beliau tersilap merujuk kod penerbangan sebagai "019".


AAP juga melaporkan Lange adalah seorang pakar penyelidik dalam terapi HIV.

Beberapa orang kenalan Dr. Lange turut merakamkan ucapan takziah di Twitter, antaranya seorang doktor di Amerika Syarikat, Dr. Seema Yasmin.


Jangkaan Dr. Yasmin dalam tweetnya yang terakhir itu tidak salah. Beberapa aktivis dan penyelidik HIV/AIDS yang sepatutnya menghadiri persidangan antabangsa itu menaiki pesawat yang sama bersama Dr. Lange.

Dua tweet masing-masing daripada Amanah AIDS Kebangsaan Australia dan pengurus Stop AIDS Now, Yvette Fleming mengesahkan jangkaannya itu.


Sementara itu, Persatuan AIDS Antarabangsa (IAS) dalam satu kenyataan yang dipetik oleh AAP merakamkan takziah kepada ahli keluarga mangsa.

Bekas Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton dijadual menyampaikan ucapan pada persidangan yang bermula Ahad ini.