Sebanyak 10 pesawat tentera dan 12 kapal akan digunakan dalam misi pencarian hari ke 47 pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia Airlines MH370.

Hari ini, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) telah merancang kawasan pencarian kira-kira 37.948km persegi.

Pusat carian pula terletak kira-kira 855km dari Barat Utara Perth.

Kenderaan dasar laut AUV Bluefin-21, kini sedang melengkapkan misinya yang ke 10.

Bluefin-21 sudahpun meliputi 80 peratus kawasan carian di dasar air.

Fokus carian dasar laut memberi tumpuan kepada 10km radius bulatan kawasan yang telah dikesan pengesan ping semenjak 8 April.

Cuaca hari ini dijangka hujan lebat dan berawan rendah dengan angin selatan timur.

Lautan juga dijangka bergelora sehingga 2.5m dan penglihatan dijangka jelas sehingga 1km.

Keadaan cuaca semasa boleh menjejaskan carian udara pada hari ini.