Najib simpati dengan waris keluarga MH370

Bernama
Januari 29, 2015 23:43 MYT
Najib melahirkan rasa simpati kepada keluarga penumpang dan kru pesawat MH370. -Gambar fail
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa simpati beliau kepada keluarga penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370, susulan pengumuman kerajaan Malaysia bahawa MH370 adalah satu kemalangan.
Beliau berkata pencarian bagi pesawat malang itu akan diteruskan.
"Hari ini doa saya ialah bersama keluarga penumpang MH370. Operasi mencari akan diteruskan. Malaysia, Australia dan China terus komited untuk menjejaki pesawat," kata beliau dalam catatan terbaharu dalam Twitternya.

Today my thoughts are with the families of those on MH370. The search will continue. Msia, Aus & China remain committed to finding the plane

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) January 29, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada petang tadi, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengumumkan bahawa kerajaan mengisytiharkan 239 penumpang dan anak kapal MH370 dianggap telah meninggal dunia.
Pesawat Boeing 777-220ER milik MAS itu, yang dalam perjalanan ke Beijing, hilang daripada imbasan radar sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pukul 12.41 tengah malam, 8 Mac 2014.
Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam tweet terbaharunya berkata: "Harapan dan doa saya sentiasa bersama anggota keluarga mereka yang berada di dalam pesawat MH370. Ia telah dan terus menjadi masa yang sukar untuk mereka dan negara."
#AZHARUDDIN ABDUL RAHMAN #Boeing #DCA #MH370 #najib #pengumuman #simpati #tiong lai