Play Store kini benarkan muat turun dua aplikasi serentak

Amanz
April 29, 2024 03:40 MYT
Ciri ini diberikan secara berperingkat kepada pengguna Android bermula dengan peranti Pixel terlebih dahulu yang menggunakan Android 14. -Amanz
GOOGLE telah mengaktifkan ciri membenarkan dua aplikasi dimuat turun secara serentak menerusi Play Store pagi ini.
Sebelum ini aplikasi perlu dipasang satu persatu yang akan mengambil masa yang lebih lama berbanding memuat turun dua aplikasi serentak.
Berdasarkan laporan 9to5Google, ciri ini diberikan secara berperingkat kepada pengguna Android bermula dengan peranti Pixel terlebih dahulu yang menggunakan Android 14.
Walau bagaimanapun ciri ini hanya boleh digunakan untuk memuat turun dua aplikasi baharu. Proses kemas kini aplikasi masih dilakukan secara satu persatu.
Setakat ini saya sudah mendapat ciri ini pada Samsung Galaxy S24 dan juga OnePlus 12R. Sila kemas kini aplikasi Play Store untuk melihat sama ada ciri ini sudah diterima peranti Android anda. -Amanz
#Android #dua aplikasi dimuat turun serentak #Play Store #Android 14 #pixel