TikTok mulakan ujian untuk aplikasi perkongsian gambar dan teks

Amanz
April 18, 2024 05:20 MYT
TikTok Notes akan memudahkan perkongsian perkembangan harian dengan lebih mudah dan kreatif menggunakannya. -Amanz
TIKTOK hari ini memulakan ujian untuk sebuah aplikasi baharu di bawah mereka, dinamakan TikTok Notes.
Aplikasi baharu ini memfokuskan kepada perkongsian dalam bentuk gambar dan teks, lebih kurang seperti aplikasi Lemon8 di bawah Bytedance.
Melaluinya, pengguna boleh berkongsi sesuatu gambar, atau melakukan perkongsian dalam bentuk tulisan.
TikTok menyatakan TikTok Notes akan memudahkan perkongsian perkembangan harian dengan lebih mudah dan kreatif menggunakannya.

/1 We're in the early stages of experimenting with a dedicated space for photo and text content with TikTok Notes. Starting today, TikTok Notes is available for download and limited testing in Australia and Canada.

— TikTokComms (@TikTokComms) April 17, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Buat masa ini, ujian TikTok Notes ini hanya terhad di Australia dan juga Canda sahaja.
Bagi pengguna tempatan yang turut ingin mendapatkan pengalaman awal menggunakannya, boleh turut mencuba aplikasi Lemon8 yang sedia ditawarkan di Malaysia. -Amanz
#TikTok Notes #Lemon8 #ByteDance #aplikasi perkongsian gambar dan teks