Rais tidak bertanding PRU13

Astro Awani
April 15, 2013 22:50 MYT
Datuk Seri Rais Yatim berkata tidak akan bertanding semula di Parlimen Jelebu di Negeri Sembilan.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu lewat semalam mengesahkan kepada pengikut Twitter bahawa dia akan berundur diri daripada bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13.
Dalam tweet Rais pada pukul 11 malam, dia juga meminta orang ramai untuk terus menyokong Barisan Nasional.

Salam pada semua sahabat dn penyokong di JelebuWpun saya tak brtanding dlm PRU13 ni tolong sokong BN.

— Rais Yatim (@DrRaisYatim) April 15, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Salam kepada semua rakan-rakan dan juga penyokong di Jelebu Walaupun saya tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 ini saya sila sokongan BN,” kata bekas ahli parlimen Jelebu yang berumur 71 tahun itu.
Ketua Pemuda Umno dan bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin membalas tweet Rais itu dengan mengucapkan terima kasih kepada ahli politik veteran itu.

Thank you, Sir. “@drraisyatim: Salam pada semua sahabat dn penyokong di JelebuWpun saya tak brtanding dlm PRU13 ni tolong sokong BN.”

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) April 15, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada tahun 2008, Rais telah mengekalkan kerusi Parlimen Jelebu dengan kemenangan 19,737 undi berbanding dengan undian 8,127 calon Pas Norman Ipin.
Senarai calon ditetapkan bakal diumumkan oleh ketua BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan pada pukul pagi hari ini.
#Jelebu #Komunikasi dan Kebudayaan #Negeri Sembilan #penerangan #Rais Yatim