Hampir 2,000 pemimpin dan ahli akar umbi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Melaka mengumumkan keluar daripada parti itu serta-merta.
Dalam pengumuman yang dibuat secara rasmi sebentar tadi, mereka mengumumkan hilang kepercayaan terhadap presiden dan parti yang didakwa tidak menunaikan mandat rakyat yang diberikan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.
Kesemua 1,878 ahli itu merupakan dari lima bahagian iaitu Hang Tuah Jaya, Jasin, Kota Melaka, Tangga Batu dan Alor Gajah.
Manakala, pengumuman berasingan melibatkan bahagian Masjid Tanah akan dibuat dalam masa terdekat.
Bekas Ketua Cawangan Rim, Bahagian Jasin, Imanuddin Abd Aziz berkata, tindakan keluar parti beramai-ramai itu kerana kepercayaan pada kepimpinan sebelum ini telah dikhianati selain banyak perkara tentang disiplin dalam parti berkenaan telah 'dirogol'.
“Seperti kita ketahui, banyak perkara tentang kedisiplinan dan sebgainya dalam Bersatu ini telah dirogol, kerana itu kepercayaan kami masih tetap bersama Tun Dr. Mahathir dan berhijrah bukannya melompat dan sebagainya.
“Kami ini ahli biasa sahaja, kami bukan wakil rakyat. Kami bukan ahli parlimen yang mendapat mandat rakyat, kami Cuma ahli biasa, tetapi rakan-rakan saya inilah pejuang asal yang berjuang tanpa sempadan bersama menegakkan Bersatu di Melaka ini," jelasnya.
Mengulas lanjut ujarnya, jumlah yang keluar termasuk 16 Ketua Cawangan, Pengerusi Tetap Bahagian dan Timbalan Pengerusi Tetap Bahagian yang dipecat kerana didakwa telah melanggar peraturan parti di bawah Fasal 10.2.4 Perlembagaan Parti pada 15 Ogos.
Ujarnya beliau turut menjangkakan 40 peratus lagi daripada keseluruhan 20,000 ahli Bersatu di Melaka akan turut mengisytiharkan keluar parti dalam masa terdekat.
Katanya, mereka akan menyertai Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) kerana masih yakin dengan perjuangan politik tun dr mahathir mohamad dan beberapa kepemimpinan lain.
Terdahulu, kurang dua minggu lalu Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Melaka, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof menegaskan ahli-ahli di negeri itu masih utuh menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pada 7 Ogos lepas, bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan parti baharu yang kemudiannya dinamakan sebagai 'pejuang'.
Dr Mahathir dilaporkan berkata parti itu akan dipimpin oleh anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai presiden dan beliau sebagai pengerusi.
BACA: UMNO, Pas jemput Bersatu sertai Muafakat Nasional - Zahid
BACA: Separuh ahli Bersatu Kelantan didakwa akan keluar parti
Shuhada Abdul Kadir
Fri Aug 21 2020
Kesemua 1,878 ahli itu merupakan dari lima bahagian iaitu Hang Tuah Jaya, Jasin, Kota Melaka, Tangga Batu dan Alor Gajah. - Gambar fail
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
Satu PPS di Alor Gajah dibuka, tempatkan 51 mangsa banjir
Mangsa terdiri daripada 13 keluarga dari sembilan kampung di daerah Alor Gajah, ditempatkan di Balai Raya Balik Balai.
Lebih 50 rumah terjejas akibat banjir kilat di Melaka
Sekurang-kurangnya 57 rumah penduduk di Melaka Tengah dan Alor Gajah terjejas akibat banjir kilat susulan hujan lebih dua jam sejak pukul 3 petang tadi.
Melaka cadang wujud Jelapang Padi Selatan
Kerajaan Melaka akan kemuka cadangan wujud Jelapang Padi Selatan kepada kerajaan Persekutuan bagi menjamin bekalan padi negara pada masa depan.
Lima pegawai polis antara enam ditahan proses ketum
Kesemua lelaki yang terdiri daripada pegawai kanan, pegawai rendah dan orang awam berusia antara 31 dan 55 tahun itu ditahan malam tadi.
Pelajar Tingkatan 3 maut ketika hantar adik ke sekolah
Mohamad Iqmal Daniel yang menunggang Yamaha 135LC sedang membawa dua adiknya dalam perjalanan dari rumah mereka ke SK Sungai Tuang.
Mayat wanita tanpa kepala, kaki dan tangan ditemukan dalam tong sampah
Seorang wanita dibunuh kejam apabila bahagian badannya ditemukan disumbatkan ke dalam tong sampah di Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka.
Dua individu mengaku salah palsukan hak milik tanah
Tiga individu didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi tujuan penukaran hak milik tanah.
Garisan bercahaya dalam gelap pada tiga jalan di Melaka
Tiga jalan berkenaan ialah Jalan Kemuning-Hutan Percha di daerah Alor Gajah serta Jalan Tehel-Bukit Katil dan jalan Bemban-Serkam di daerah Jasin.
Melaka laksana program khas bantu mudahkan OKU dapat lesen memandu
Golongan OKU berpeluang berdikari dan mencari pendapatan sendiri seperti berniaga menggunakan motosikal roda tiga.
Anak hilang, ibu luluh dimaklumkan penemuan mayat
Luluh hati seorang ibu apabila dimaklumkan mengenai penemuan mayat dibunuh dan dibakar dipercayai anaknya di kawasan Hutan Percha, Alor Gajah minggu lalu.