7,466 pegawai dan anggota PDRM buang undi di Bukit Aman

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Mei 5, 2018 03:40 MYT
MOHAMAD FUZI (dua kiri) bersama beberapa pegawai kanan polis pada proses pembuangan undi awal di Bukit Aman, pagi ini.
Proses pengundian awal di pusat pengundian Mess Pegawai dan Rumah Perkep, Bukit Aman melibatkan seramai 7,466 warga polis daripada 111,702 anggota di seluruh negara.
Pusat pengundian dibuka di Mess Pegawai dan Rumah Perkep di Bukit Aman ini telah dibuka seawal jam 8 pagi tadi.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun tiba pada pukul 9 pagi dan membuang undi pada 9.45 pagi tadi.
Terdahulu bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar turut membuang undi di Bukit Aman pada jam 8.33 pagi.
Turut berada di Bukit Aman bagi melihat proses pengundian awal tersebut adalah calon-calon P121 Lembah Pantai iaitu calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan calon Pas, Fauzi Abu Bakar.

Warga Bukit Aman melakukaj semakan daftar pemilih @501Awani #malaysiamemilih pic.twitter.com/BRSANlo6r3

— Syah Hairizal (@syahhairizal) May 5, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Bukit Aman #Fauzi Abu Bakar #Malaysia Memilih #Mess Pegawai #pengundian awal #polis #Polis Diraja Malaysia #Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin #Rumah Perkep #Tan Sri Khalid Abu Bakar #Tan Sri Mohamad