KUALA LUMPUR: Sebuah parti politik baharu, Parti Kuasa Rakyat (PKR), bakal dilancarkan dalam masa yang terdekat.
Memetik laporan Free Malaysia Today (FMT) hari ini, Kamaruzaman Yaakob, 70, telah mengadakan pertemuan dengan beberapa ahli politik dan badan bukan kerajaan, bagi membolehkan parti itu, dirasmikan pada 10 Oktober ini.
FMT memetik sumber sebagai berkata, Kamaruzaman berasakan perlu untuk mengembalikan falsafah politik Perdana Menteri Malaysia Kedua, Tun Abdul Razak, iaitu demokrasi sosial.
“Beliau merasakan UMNO dan parti sepertinya telah bergerak terlampau kanan, dan ada keperluan untuk membuat jajaran semula arus politik agar lebih mengutamakan rakyat, dengan idea berpaksikan demokrasi sosial.
“Kamaruzaman berasal dari Temerloh, kawasan di mana lahirnya Rejimen Kesepuluh Tentera Pembebasan Rakyat Malaya (MLNA), yang terlibat secara aktif melawan British di Pahang. Semangat nasionalisme dalam dirinya masih tinggi,” kata sumber itu kepada FMT lagi.
Seorang lagi sumber memberitahu FMT, sekurang-kurangnya tiga bekas Ahli Parlimen PKR bukan Bumiputera yang terlibat dalam Langkah Sheraton, akan dibawa masuk ke dalam parti baharu itu.
Sumber tersebut berkata, arah tuju parti berkenaan dikatakan mirip dengan ideologi Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Sementara itu, portal The Malaysian Insight melaporkan, Kamaruzaman merupakan bekas presiden Kesatuan Pelajar Universiti Malaya sekitar 70an, dan merupakan pemimpin pelajar yang terlibat dalam demonstrasi Baling.
Demonstrasi itu, antara lain bertujuan untuk membantah penurunan mendadak harga getah yang memberi kesan besar kepada ribuan pekebun kecil ketika itu, dan akhirnya Kamaruzaman ditahan di bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) bersama-sama Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Beliau mungkin jarang kelihatan dalam kaca televisyen membincangkan isu semasa, tetapi beliau masih Kamaruzaman yang sama. Keresahan dan kesusahan rakyat adalah keutamaannya, terutamanya yang melibatkan orang miskin.
“Tahap kefahamannya dalam politik sentiasa mengagumkan, selain seorang penceramah yang hebat. Kamaruzaman juga bukan individu yang mudah dibeli.
"Saya percaya jika beliau sertai UMNO sejak awal, sudah pasti beliau tersenarai sebagai menteri, tetapi Kamaruzaman enggan terlibat dan lebih berpegang kepada prinsipnya,” kata sumber itu kepada Malaysia Chronicle.
Astro Awani
Fri Oct 08 2021
Kamaruzaman Yaakob, 70, telah mengadakan pertemuan dengan beberapa ahli politik dan badan bukan kerajaan bagi penubuhan Parti Kuasa Rakyat. - Facebook
Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Jepun - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Shikoku, Jepun pada 10.14 malam tadi.
Thailand, New Zealand tingkat hubungan dua hala
Thailand dan New Zealand bersetuju meningkatkan hubungan dua hala mereka kepada perkongsian strategik menjelang 2026.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Penumpang HSR Jakarta-Bandung cecah 2.56 juta orang
Pada masa ini, perjalanan kereta api harian kereta api itu telah meningkat daripada 14 kepada 52 dan bilangan tempat duduk penumpang melonjak daripada 8,400 kepada lebih 31,000.
Antara pembangunan, pilihan manusia & kesihatan planet
Antara pembangunan, pilihan manusia, dan kesihatan planet.
dilema yang menjadi cabaran utama buat mana-mana negara untuk keluar dari kepompong kemunduran.
Hari kedua Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) dan mesyuarat tahunan ke-6 antaranya mengangkat topik berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang masih menjadi perdebatan kalangan pakar.
dilema yang menjadi cabaran utama buat mana-mana negara untuk keluar dari kepompong kemunduran.
Hari kedua Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) dan mesyuarat tahunan ke-6 antaranya mengangkat topik berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang masih menjadi perdebatan kalangan pakar.
KKR beri jaminan projek Kolam Selam Tempur siap Jun ini - Nanta
Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memastikan projek pembinaan Kolam Selam Tempur di Kem Iskandar, Mersing, Johor yang mengalami kelewatan, siap sepenuhnya pada Jun ini.
Pemilihan MIC bermula 27 April ini
MIC akan mengadakan pemilihan parti bagi penggal 2024-2027 dari 4 Mei hingga 6 Julai dengan hari pencalonan ditetapkan mulai 27 April ini.
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
Tumpuan Khamis - 18 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MCMC rakam percakapan Che'gubard, Salim lebih tiga jam
Salim dan Che’gubard yang ditemui di bangunan tersebut memberitahu mereka disiasat atas pertanyaan berkaitan kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam media sosial baru-baru ini.
Sabah kehilangan pemimpin berpengalaman, luar biasa - Hajiji
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan pemergian Tan Sri Joseph Kurup adalah satu kehilangan pemimpin berpengalaman dan luar biasa bagi negeri Sabah.
Parti Kuasa Rakyat akan dilancarkan 10 Oktober ini
Kamaruzaman Yaakob, 70, telah mengadakan pertemuan dengan beberapa ahli politik dan badan bukan kerajaan bagi penubuhan Parti Kuasa Rakyat.