KUALA LUMPUR: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa pentadbiran negeri yang dipimpin parti itu mengalami kesukaran apabila dihalang dengan pelbagai cara dan penentangan sama ada secara nyata mahupun tersembunyi.
Menurut beliau, Pas mentadbir dengan kuasa yang sangat terbatas dan tindakan kerajaan Persekutuan itu jelas membelakangi konsep federalisme dan adab demokrasi diamalkan di negara Barat yang menjadi rujukan mereka.
"Negeri (ditadbir Pas) tetap disusahkan dengan berbagai-bagai cara, halangan dan penentangannya yang nyata dan tersembunyi," katanya menerusi ruangan Minda Presiden di Facebook rasminya, pada Isnin.
Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata, tidak menghairankan apabila berlaku penubuhan kerajaan di luar tabii demokrasi pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) walaupun Pas berjaya mendapat jumlah kerusi terbesar.
Katanya, Pas sudah berusaha bersama dalam PN yang disertai pelbagai parti yang tidak ekstrem untuk menubuhkan kerajaan campuran mengikut prosesnya tanpa Pas menjadi pemimpin utama.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, Pas tidak hairan dengan tindakan parti politik yang menentang Islam seperti DAP yang kini bertukar nada dengan tidak bersuara secara terang-terangan.
"Ini kerana parti itu kini berjaya mengadakan pasukan baharu daripada kalangan rakan berwajah Islam yang berwalikannya.
"Mereka itu laksana kayu bersama mata kapak bagi menebang pokok besar, mengambil pendekatan menipu dengan segala cara seperti melaksanakan amar ma'ruf secara terpilih dan menjadi syaitan bisu terhadap kemungkaran yang nyata," katanya.
Abdul Hadi berkata, parti politik berkenaan juga kini bergabung dengan kumpulan liberal daripada segi politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan media, tanpa batas akhlak dan halal haram.
"Semua itu dilakukan demi mencukupkan jumlah sokongan yang dapat menghalang pengaruh Islam dalam kerajaan, walaupun mereka berlindung sementara waktu sebalik Islam dalam perlembagaan mengikut tafsiran salah oleh mereka yang buta al-Quran.
"Gabungan itu juga turut diikut serta kluster mahkamah dan mereka yang sedang menunggu perbicaraan kerana kes rasuah berskala besar, termasuklah kesalahan lain yang bersedia dengan umpan untuk diselamatkan," katanya.
Beliau berkata, sikap permusuhan terhadap Islam terus membara sejak zaman awal sehingga zaman penjajahan dan ia berterusan sehingga kini.
"Sikap permusuhan terhadap Islam bukan kerana mencari kebenaran dan menegakkan keadilan, tetapi disebabkan hasad dengki walaupun ternyata salahnya.
"Sehinggakan timbulnya fanatik perkauman yang mencipta berbagai-bagai ideologi bersama fanatik nasionalisme, cauvinisme, sama ada kiri atau kanan," katanya.
Beliau menegaskan orang Islam ketika mereka kuat dengan berkuasa, tidak pernah sekali-kali berdendam apabila mendapat kemenangan.
Sebaliknya, katanya, mereka tetap bersikap pemaaf, bersabar dan membawa konsep tiada paksaan dalam beragama serta adil kepada semua termasuklah bersedia menerima sesiapa saja dalam masyarakat majmuk.
"Namun, (pemerintah bukan Islam) mereka terus bermusuh dan melancarkan serangan yang bertubi-tubi terhadap Islam dan penganutnya dengan segala persenjataan dan bala tenteranya yang ganas dengan membunuh dan membakar hangus segala yang melintasinya.
"Sehinggakan, mereka berjaya menjajah tanah air umat Islam ketika dalam keadaan lemah, bahkan membahagikan tanah air dan rakyatnya sesama negara penjajah bagi memperhambakan rakyat penganut Islam serta merompak hasil kekayaan buminya.
"Apabila mereka gagal menghapuskan Islam secara gerakan murtad dengan menukar agamanya kepada apa sahaja asalkan bukan Islam, lalu mereka mengubah caranya dengan melakukan serangan pemikiran dan kefahaman yang salah terhadap Islam," katanya.
Beliau berkata, sekiranya ada negara Islam yang diizinkan mengamalkan demokrasi, namun negara itu tetap diharamkan Islam daripada berkuasa mengambil alih kerajaannya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jan 09 2023
Abdul Hadi mendakwa, tindakan kerajaan Persekutuan itu jelas membelakangi konsep federalisme dan adab demokrasi diamalkan di negara Barat yang menjadi rujukan mereka. - Foto fail
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
Pas kutuk serangan Israel ke atas Pejabat Kaunselor Iran di Syria
Sewajarnya dunia Islam mengutuk Israel yang bukan sahaja dalang di sebalik serangan ini, malah sedang melakukan jenayah perang di Gaza, kata Abdul Hadi.
Pas harap Prabowo buka dimensi baharu hubungan Malaysia-Indonesia
Abdul Hadi berkata, pihaknya berharap hubungan antara Malaysia dan Indonesia akan menjadi lebih baik dan harmoni di bawah pentadbiran Prabowo.
Umat Islam tidak bersatu angkara penjajah - Abdul Hadi
Penjajahan tersebut berjaya memecahbelahkan perkauman pada generasi kini, tegas Abdul Hadi.
Kertas siasatan Hadi Awang telah dihantar kepada AGC - KPN
PDRM mengesahkan kertas siasatan membabitkan kenyataan Abdul Hadi bertajuk 'Ketinggian Islam wajib dipertahankan' telah dihantar kepada AGC.
Isu pencen: 'Ucapan Abdul Hadi tidak tepat, kelirukan orang ramai' - Nik Nazmi
Ucapan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkaitan isu pencen penjawat awam mengelirukan orang ramai, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad.
'Kerajaan ibarat burung tiung, burung kakak tua' - Hadi Awang
Ahli Parlimen Marang itu turut melabel pemimpin di bawah kerajaan sebagai burung kakak tua dan menurutnya, walaupun tua tetapi tidak tahu bercakap.
Abdul Hadi Awang beri kerjasama, polis ambil masa sejam rakam keterangan - Setiausaha Politik
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis yang mengambil keterangan di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut.
Polis rakam percakapan Abdul Hadi esok - KPN
Pegawai khas Abdul Hadi sudah memaklumkan keadaan kesihatan Ahli Parlimen Marang itu kepada polis dan menetapkan keterangan diambil esok.
Tahap kesihatan Abdul Hadi bertambah baik - Setiausaha Politik
Tahap kesihatan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang semakin baik dan beliau dapat meneruskan rutin mingguan menyampaikan kuliah dhuha di Masjid Rusila,pada Jumaat.
Jangan guna agama capai hasrat politik - Zahid
Ahmad Zahid berkata nasihat itu bukan ditujukan kepada individu dan pemimpin parti politik sahaja, sebaliknya juga kepada pemimpin dalam UMNO.