Peralihan kuasa pentadibiran di negeri Perak pada tahun 2008 sedikit sebanyak telah membuka mata pentadbir terdahulu, Barisan Nasional (BN) dalam mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat.

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang memihak 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada BN dilihat sebagai titik tolak kepada kepercayaan rakyat terhadap pentadbiran Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta pasukannya yang dikenali sebagai Team Dr Zambry.

Mandat Rakyat

Selain 31 kerusi yang dikuasai BN daripada 59 kerusi DUN, Pakatan Harapan pula mempunyai 24 kerusi di mana 18 milik DAP, PKR (5) dan Amanah (1) sementara Pas empat kerusi.


Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang memihak 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada BN dilihat sebagai titik tolak kepada kepercayaan rakyat terhadap pentadbiran Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta pasukannya yang dikenali sebagai Team Dr Zambry.

Hari ini, mandat diperbaharui dengan menyerahkannya semula kepada lebih 1.5 juta pemilih berdaftar di negeri ini yang akan memberi penilaian sewajarnya kepada 24 kerusi Parlimen dan 59 DUN pada pesta demokrasi terbesar di negara ini.

Paling menarik untuk dilihat adalah pertembungan di hampir 30 kerusi di kawasan majoriti pengundi Melayu yang dimenangi oleh UMNO.


Ia termasuk di sembilan kerusi marginal yang dimenangi oleh BN dengan majoriti kurang daripada 1,000 undi.

Ada pemimpin BN yang tidak bimbang dengan kedudukan parti itu di kerusi marginal lantaran undi yang diterima Pakatan Rakyat pada 2013 itu termasuk undi daripada penyokong Pas yang mana parti Islam itu sekarang tidak lagi bersama Pakatan Harapan.

Pemimpin Pakatan Harapan

Perak tidak seperti Johor atau Kedah, yang mempunyai nama besar seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin, Syed Saddiq Syed Abd Rahman, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan ramai lagi yang mana ada penganalisis politik menyatakan tiada pemimpin utama yang dilihat boleh menerajui negeri.

Sekali gus penganalisis politik menjangkakan BN akan menang di negeri Perak dengan majoriti yang besar selain faktor perkhidmatan konsisten kepada rakyat yang diberikan selama ini.


Hidup Mati Mah, Nga

Datuk Seri Mah Siew Keong dari BN bertanding di kerusi Parlimen Teluk Intan sejak empat penggal lalu. Beliau mengalahkan calon DAP, Raj Nallaiya dengan majoriti 2,783 undi pada 1999 serta menewaskan calon DAP dan PKR dengan kelebihan 10,041 undi pada 2004.

Bagaimanapun, beliau tewas kepada calon DAP, M Manogaran dengan majoriti 1,470 undi pada 2008 dan Seah Leong Peng, juga daripada DAP, dengan kelebihan 7,313 undi pada 2013.

Susulan kematian Seah pada 1 Mei 2014, Mah berjaya merampas kerusi Parlimen Teluk Intan pada pilihan raya kecil tahun itu selepas menewaskan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti tipis 238 undi.

Mah berjaya merampas kerusi Parlimen Teluk Intan pada pilihan raya kecil tahun itu selepas menewaskan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti tipis 238 undi.

Kini, Presiden Parti Gerakan itu bakal berdepan dengan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming, antara nama yang cukup besar bukan sahaja dalam kalangan kaum Cina dan DAP, malah di Dewan Rakyat juga.

Namun, kedua-dua individu ini mengakui, jika nasib tidak menyebelahi mereka, kemungkinan besar kerjaya politik mereka akan berakhir.


Pas Perkukuh Kedudukan?

Pas Perak sah bertanding di 19 kerusi Parlimen dan 44 kerusi DUN di mana hampir keseluruhan calon adalah muka baru yang pelbagai latar belakang terdiri daripada golongan profesional, aktivis dan ulama.

Malah, terdapat tiga calon bukan Islam bertanding di satu kerusi Parlimen dan dua kerusi DUN iaitu dari Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) iaitu bagi DUN Sungkai, Parlimen Kampar dan DUN Pasir Berdamar.

Malah, Pas turut tampil berani sebagai usaha memperkukuh undi di kawasan tengah bandar dengan meletakkan Mazlan Md Isa, di DUN Tebing Tinggi yang terletak di bawah Parlimen Ipoh Timor, kerusi yang disandang Veteran DAP, Lim Kit Siang selama dua penggal dengan majoriti lebih 20,000 undi.


Personaliti Kepimpinan

Zambry Abdul Kadir, nama yang tidak asing bagi rakyat di Perak ini. Kali ini, pucuk pimpinan BN memberi kepercayaan kepada beliau untuk bertanding di dua kerusi iaitu di Lumut dan mempertahankan kerusi DUN miliknya, Pangkor.

Kepimpinan beliau selama ini menjadi antara faktor mengapa Perak kekal di bawah pentadbiran BN pasca PRU13.

Sementara, Pengerusi Pakatan Harapan Perak, Ahmad Faizal Azumu, antara nama yang dikatakan bakal menjadi Menteri Besar sekiranya komponen itu berjaya menawan negeri Perak.

Walaupun ini penampilan pertama beliau di arena politik, beliau diberi kepercayaan untuk bertanding di dua kerusi iaitu DUN Chenderiang dan Parlimen Tambun, menentang Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, bekas Menteri Kewangan Kedua.

Namun, jangan dilupakan bekas Menteri Besar pada 2008, Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang bertanding di DUN Sungai Rapat, juga antara nama yang dikatakan bakal menerajui negeri sekiranya Pakatan Harapan diberi mandat.


Perjalanan Pengundian

Seramai 2,815 Ketua Tempat Mengundi (KTM) dengan dibantu seramai 11,260 Kerani Pengundian/Kerani Mengira Undi ditempatkan di 778 pusat mengundi melibatkan 2,815 saluran tempat mengundi di negeri Perak.

Selain itu, terdapat seramai 1.5 juta pengundi berdaftar di Perak dan daripada jumlah itu, 1.47 juta merupakan pengundi biasa, manakala 37,407 lagi adalah pengundi awal yang telah menunaikan tanggungjawab mereka Sabtu lepas.

Malah, Perak juga antara negeri yang merekodkan jumpa pengundi pos yang berdaftar yang ramai iaitu 28,464 orang.

Dari segi logistik, 10 buah bot dan 148 kenderaan pacuan empat roda bagi membawa dan menghantar peti undi ke kawasan pedalaman selain 42 kenderaan perantara disediakan di beberapa lokasi untuk membawa pengundi ke tempat mengundi yang terletak agak jauh.

Keamanan dan Keselamatan

Polis Perak mengenal pasti 440 individu yang dilihat mampu memberi ancaman kepada keamanan dan keselamatan orang ramai di mana kira-kira 43 daripada jumlah tersebut yang kebanyakannya merupakan penyokong sesebuah parti dikategorikan sebagai keutamaan kelas satu.

Justeru, seramai 90 peratus daripada 8,709 pegawai dan anggota Polis Perak ditugaskan sepanjang proses pilihan raya berjalan selain 700 pegawai tambahan dari Bukit Aman bagi mengawal ketenteraman dan keamaan orang ramai.