Adakah yang menang tanpa bertanding hari ini?

Astro Awani
April 27, 2018 17:28 MYT
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh proses penamaan calon bermula dari jam 9 hingga 10 pagi untuk proses penghantaran borang.
Hari ini adalah hari penamaan calon dalam proses demokrasi yang disifatkan sebagai bapa kepada segala pilihan raya.
Persaingan bagi merebut masing-masing di 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (kecuali DUN Sarawak).
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh proses penamaan calon bermula dari jam 9 hingga 10 pagi untuk proses penghantaran borang.
Setakat semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya mengesahkan 2,676 borang pencalonan telah dijual bagi 222 kerusi Parlimen.
Bagi 505 kerusi DUN, SPR mengesahkan 5,238 borang pencalonan telah dijual.
#borang #calon #Dewan Undangan Negeri #DUN #Malaysia Memilih #Parlimen #penamaan calon #pilihan raya #PRU14 #SPR #Suruhanjaya Pilihan Raya