JOHOR BAHRU: Semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pihak kerajaan dan pembangkang Johor akan mengadakan pertemuan minggu depan bagi membincangkan soal kebajikan rakyat negeri itu ekoran penularan pandemik COVID-19.
Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berkata ia antara lain bagi membincangkan usaha untuk memperkukuh dan menambah baik segala langkah yang telah dan akan diambil oleh kerajaan negeri serta Kerajaan Persekutuan untuk membendung pandemik itu, selaras dengan titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
"(Perbincangan) Ini termasuklah meningkatkan kapasiti Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) sedia ada dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Johor.
"Meskipun Ordinan Darurat sedang berkuat kuasa, kerajaan negeri akan memastikan Setiausaha Kerajaan dan Penasihat Undang-Undang Negeri Johor melihat kelancaran perbincangan itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata kerajaan negeri turut memberi jaminan bahawa perkara yang diputuskan dalam mesyuarat itu akan dibawa kepada Majlis Keselamatan Negara.
Terdahulu, Sultan Ibrahim menitahkan semua Ahli Parlimen dan ADUN di Johor mengadakan satu perbincangan khas berhubung COVID-19 untuk memberikan buah fikiran dan pandangan masing-masing dalam membendung penularan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat Johor.
Sementara itu Pakatan Harapan (PH) Negeri Johor turut menjunjung titah Sultan Johor dan mengajak semua Ahli Parlimen dan ADUN di Johor untuk bersama-sama berbincang berkenaan dengan permasalahan COVID-19 yang semakin meningkat di negeri ini.
Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan bersama Pengerusi PH Negeri Johor Aminolhuda Hassan, Pengerusi PKR Negeri Johor Syed Ibrahim Syed Noh dan Pengerusi DAP Negeri Johor Liew Chin Tong di sini hari ini.
"PH Johor akan memberikan komitmen bagi memenuhi titah berkenaan demi menyelamatkan Johor daripada wabak yang sedang mengancam rakyat di negeri ini," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 20 2021
Hasni berkata ia bagi membincangkan usaha untuk memperkukuh dan menambah baik segala langkah yang telah dan akan diambil. - Gambar fail/ Bernama
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
DAP umum calon pada Rabu
DAP senarai pendek 10 calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu, nama terpilih diumum esok.
Hantaran hina Agong: JAINJ diminta sedia khutbah khas kepentingan doa sesama muslim
Kerajaan Johor telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) untuk menyediakan draf khutbah solat Jumaat khas berhubung pengisian tanggungjawab mendoakan sesama muslim.
Johor mahu bina sistem Aliran Transit Automasi bertingkat atasi kesesakan
Kerajaan Johor berhasrat untuk membangunkan sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat di Johor Bahru bagi mengatasi kesesakan di bandar raya itu.
Empangan Sembrong bakal dinaik taraf, atasi gangguan bekalan air
Kerajaan Negeri Johor bercadang menaik taraf fungsi Empangan Sembrong di Kluang bagi menampung keperluan sumber bekalan air kepada pengguna di daerah itu dan kawasan berhampiran pada masa depan.
Aidilfitri: Johor sedia 23 bas bawa pulang mahasiswa dari 11 IPT
Kerajaan negeri memperuntukkan RM100,000 menerusi inisiatif Program Jom Balik Raya Bas Percuma Mahasiswa Johor bermula 29 Mac hingga semalam.
Polis kenal pasti 48 kawasan hotspot, 31 blackspot di Johor
Polis mengenal pasti 48 kawasan 'hotspot' dan 31 kawasan 'blackspot' berlakunya kemalangan di Johor terutama ketika musim perayaan ini.
Tiada catuan air di Johor - MB
Tiada catuan air akan dilaksanakan di Johor, meskipun berlaku penyusutan bekalan air di tiga empangan utama susulan cuaca panas ketika ini.
Tujuh projek RTB di Johor dijangka siap lebih awal pada 2027
Tujuh projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Johor dengan kos RM1.6 bilion mula dilaksanakan tahun ini dan dijangka disiapkan pada 2027, iaitu lebih awal daripada perancangan asal.
Rumah terbakar, persiapan raya dua keluarga musnah
Seramai 14 mangsa membabitkan dua keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka di Kampung Parit Selangor, Pontian musnah dalam kebakaran kira-kira jam 10.30 pagi Sabtu.
Selepas 50 tahun, bubur lambuk tetel Masjid Jorak Elahi tetap diminati
Bubur lambuk tetel Masjid Jamek Jorak Elahi, Bukit Pasir, yang diagihkan secara percuma sentiasa ditunggu-tunggu penduduk sekitar sini apabila tibanya Ramadan.
Penuntut kolej jururawat hilang dijumpai di Johor
Penuntut Institut Latihan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKMM) Nor Diana Mohd Najib yang dilaporkan hilang sejak 29 Feb lepas ditemukan selamat di Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor.