Ahli Armada Bersatu meningkat, cecah lebih 120,000

Sinar Harian
Mac 11, 2023 05:18 MYT
Muhammad Faiz berkata, jumlah keahlian meningkat sebanyak 11,637 orang berbanding 109,119 pada tahun sebelumnya. -Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di seluruh negara ketika kini mencatatkan jumlah keahlian seramai 120,756 orang.
Penolong Setiausaha Armada, Muhammad Faiz Rahmad berkata, jumlah keahlian meningkat sebanyak 11,637 orang berbanding 109,119 pada tahun sebelumnya.
Ujarnya, secara keseluruhan sayap parti itu mempunyai sebanyak 173 bahagian.
"Kalau kita lihat terdapat pertambahan yang sangat positif untuk keahlian Armada dan kita juga aman perbanyakkan lagi program-program pada masa akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Agung Armada di sini pada Sabtu.
Perhimpunan kali keempat ini juga menyaksikan seramai 429 perwakilan dari seluruh negara yang hadir. -Sinar Harian
#Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia #Muhammad Faiz Rahmad #Perhimpunan Agung Armada #perwakilan dari seluruh negara