KUALA LUMPUR:Tan Sri Annuar Musa hari ini dipecat daripada jawatan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berkuat kuasa serta -merta.

Sumber UMNO memaklumkan, keputusan itu dibuat Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di dalam satu mesyuarat di sini pada Selasa.

Annuar yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MKT) UMNO sebelum ini menegaskan, beliau sedia dipecat daripada parti itu sekiranya kritikannya berkaitan isu penyatuan Melayu dan Islam tidak disenangi ahli serta pemimpin akar umbi parti berkenaan.



BERITA LANJUT MENYUSUL