Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara

Fareez Azman
Februari 24, 2020 07:08 MYT
Anwar Ibrahim dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Isnin. - Gambar fail
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara sekitar pukul 2.30 petang.
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dijadualkan mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menyampaikan perkembangan terkini situasi politik tanah air.
Selang 10 minit, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula tiba di Istana Negara.
Sehingga kini, difahamkan terdapat beberapa pemimpin politik lain akan turut hadir menghadap Yang di-Pertuan Agong.
BERITA LANJUT MENYUSUL
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah #Anwar Ibrahim #Istana Negara #Yang di-Pertuan Agong