Anwar PM ke-10: Tahniah, selamat maju jaya - Tun Mahathir

Sinar Harian
November 25, 2022 03:18 MYT
Dr Mahathir (kanan) menzahirkan ucapan tahniah kepada Anwar Ibrahim susulan dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10.
Kenyataan ringkas itu dimuat naik melalui akaun laman media sosial miliknya, pada Jumaat.
“Saya ucap tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.
"Selamat maju jaya,” tulis Dr Mahathir.
Dr Mahathir dan Anwar mempunyai sejarah yang panjang dalam arena politik tanah air negara sebagai pasukan kabinet yang sama, seteru politik utama, dan rakan kerjasama gabungan parti politik.
#Mahathir Mohamad #Anwar Ibrahim #PM10 #GTA