KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tetap tegas dan konsisten berpegang pada perjuangannya yang menolak kleptokrat dalam kerajaan.
Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, mereka yang terpalit kes mahkamah tidak boleh dihalang menyokong kerajaan yang dianggotai rakan satu parti, tetapi mereka tidak boleh terlibat dalam urusan pentadbiran.
Sehinggalah, kata Wan Saiful, mereka dapat membersihkan nama mereka secara sah mengikut undang-undang, melalui sistem perundangan negara.
“Ada beza antara mereka yang hendak menyokong kita. Kita tak halang malah kita menjemput semua pihak menyokong usaha yang kita lakukan.
“Tetapi, untuk meletakkan mereka di tempat yang tidak sepatutnya, selagi nama mereka belum dibersihkan, itu sehingga hari ini masih tidak dilakukan. Itu konsistennya kita,” katanya.
BACA: Kabinet perlu lebih kecil, jangan libatkan 'kluster mahkamah' - Tun Mahathir
BACA: Adakah 'kluster mahkamah' akan dicadangkan sebagai menteri? - Salahuddin
BACA: Pejuang sedia kerjasama dengan semua asalkan bukan 'kluster mahkamah' - Mukhriz
Beliau menjelaskan, semangat itu terus dibawa bersama dalam Perikatan Naional (PN) sehingga hari ini supaya tiada kompromi diberi kepada mereka yang cuba menyuntik unsur kleptokrasi dan korupsi ke dalam pentadbiran.
Pegangan itu kata Wan Saiful, erat digenggam sejak awal penubuhan Bersatu, yang lahir daripada bekas pemimpin tertinggi negara yang dipecat atau meninggalkan kerajaan terdahulu, kerana menentang amalan rasuah.
“Pemimpin-pemimpin kita pada peringkat awalnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sanggup hilang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO semata-mata untuk menjadikan negara ini sebuah negara yang ditadbir dengan prinsip integriti dan tadbir urus baik.
“Ini bukti bahawa kita benar-benar serius dengan perjuangan ini untuk menjadikan negara kita lebih bersih.”
BACA: "Saya tidak akan sekali-kali bersekongkol dengan kleptokrat" - Muhyiddin
BACA: Golongan 'kleptokrat' akan kembali dapat kuasa jika PN jatuh - Tony Pua
BACA: PH sedia runding dengan semua pihak kecuali kleptokrat
Wan Saiful menjadi tetamu jemputan dalam program Agenda AWANI bersama hos Nazri Kahar pada Jumaat. Tonton di sini:
Israr Khalid
Fri Sep 10 2021
Wan Saiful berkata, perjuangan anti-kleptokrasi yang menjadi asas penubuhan Bersatu terus dibawa dalam kerajaan Perikatan Nasional. - Gambar fail
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
Wan Saiful sendiri minta 'habuan', jumpa saya dan MP Gua Musang - Zulkafperi
Beliau mendakwa Wan Saiful turut berjumpa dengannya untuk mendapatkan penjelasan dan pengesahan berhubung peruntukan yang diterima.
Tiga Ahli Parlimen PN berdepan hukuman berat - Speaker Dewan Rakyat
Johari beri peringatan semua isu politik mesti dibahaskan, didebatkan dan dipertarungkan di pentas luar, bukan di Dewan Rakyat.
Parlimen: Wan Saiful dedah MP Gua Musang, Tanjong Karang jadi 'ejen pemujuk' kerajaan
Beliau mendedahkan individu itu sebagai Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim dan Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi.
Wan Saiful dakwa 'dikacau ganggu' oleh SPRM
Gangguan tersebut diterima selepas kenyataannya ketika perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat pada 28 Februari lalu.
Lapor kes rasuah tidak langkau imuniti Ahli Parlimen - MCW
Pada masa sama, SPRM juga boleh bertindak pro-aktif mengambil butiran maklumat berkaitan, secara berjumpa terus dengan mana-mana individu.
Pertemuan dengan Speaker perkara biasa di Dewan Rakyat - Fahmi
Kerajaan hanya ingin memberi maklum balas dan berkongsi idea dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat berhubung perkara yang berlaku di dalam dewan.
Di mana Wan Saiful ketika wartawan Al-Jazeera dihalau dari Malaysia? - Fahmi
Fahmi berkata Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional itu pernah berdiam diri ketika wartawan Al-Jazeera dihalau dari Malaysia pada 2020.
Dewan Rakyat: Wan Saiful mohon maaf, usul gantung enam bulan ditarik balik
Beliau telah menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf pada 29 Februari lepas namun sekali lagi berbuat demikian di Dewan Rakyat pada Selasa.
Dewan Rakyat: Kerajaan akan usul penggantungan enam bulan terhadap Wan Saiful
Usul itu akan dikemukakan selepas sesi soalan jawab lisan yang dijangka tamat kira-kira jam 12 tengah hari.
SPRM beri tempoh seminggu kepada Wan Saiful
SPRM memberikan tempoh seminggu kepada Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan untuk tampil membuat laporan berhubung pendedahan bahawa beberapa individu menawarkan ganjaran kepadanya.