KUALA PILAH: Pas tidak akan membuat keputusan bersama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam menentukan pembubaran Dewan Undangan Negeri(DUN) di tiga negeri yang diterajuinya iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, jika negeri diterajui Pakatan Harapan (PH) iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan mahu membubarkan DUN Jun ini, itu terpulang kepada mereka.
"Kita akan berbincang sesama sendiri dan ia terpulang pada kami bila mahu bubarkan DUN.
"Sama ada mereka (PH) nak ikut atau tidak, itu terpulang. Selama ini pun, mereka banyak mengikut kita.
Sebelum ini, kita buat kenyataan tidak mahu ikut membubarkan Parlimen, mereka ikut juga," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas program Semarak Gelombang Rakyat Bersama Perikatan Nasional(PN) di Ladang Alam Warisan pada Sabtu.
Hadir sama, Naib Presiden Bersatu, Datuk Radzi Jidin, Pengerusi PN Negeri Sembilan, Datuk Eddin Syazlee Shith dan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Rafiei Mustapha.
Tegasnya, Pas akan membuat keputusan sendiri tentang tarikh bersesuaian untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) dan ia akan dibincangkan dalam mesyuarat pucuk pimpinan tertinggi parti akan datang.
Tambahnya, pihaknya juga akan membuat kajian pelbagai aspek sebelum menetapkan tarikh sesuai untuk pembubaran DUN.
"Kita akan kaji dari segi kesan kepada pengundi luar, mahasiswa, pengundi muda dan orang balik bercuti raya," katanya.
Sementara itu ditanya berkenaan tindakan BN Terengganu memfailkan tiga petisyen bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Marang, Kemaman dan Kuala Terengganu, Abdul Hadi berkata, ia merupakan tindakan gerak saraf kepada Pas.
"Ini kerana mengikut undang-undang pilihan raya, calon dan wakil calon tidak boleh memfailkan petisyen," katanya.
Berkenaan tindakan pemimpin PH yang menyifatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai 'beban' kepada PH dan Kerajaan Perpaduan, beliau berkata, mereka hanya mendedahkan perasaan sendiri.
"Itu dia mendedahkan perasaan dia sendiri. Kami lihat dari jauh saja," ujarnya. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jan 21 2023
Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang (tengah) bercakap kepada pemberita semasa sidang media pada Program Semarak Gelombang Rakyat di Ladang Alam Warisan, hari ini. Turut hadir, Naib Presiden Bersatu Datuk Radzi Jidin (kiri). - Foto BERNAMA
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta, tetapi penerbangan belum dibatalkan, kata pengarah itu.
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan kepada RM50 bilion menjelang 2026
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan 2026 kepada RM50 bilion berbanding RM20 bilion sebelum ini berikutan pencapaian kukuh setakat ini.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal Jumaat ketika unit negara maju itu meneruskan pengukuhannya.
[TERKINI] Peluru berpandu Israel jatuh di Iran
Peluru berpandu dipercayai milik Israel mengenai sebuah tapak di Iran, menurut laporan ABC News memetik seorang pegawai tertinggi Amerika Syarikat (AS).
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
[LAPOR LANGSUNG] Letupan terdengar di Isfahan, Iran - Laporan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
Kepulangan Syamer kekuatan tambahan Penang FC - Jurulatih
Pengalaman Syamer bersama pasukan JDT dan skuad kebangsaan merupakan peluang terbaik untuk membantu pasukan bersaing dengan lebih hebat.
Penerbangan komersial dilencongkan selepas dakwaan letupan di Isfahan
Syarikat penerbangan Emirates dan FlyDubai yang berpangkalan di Dubai mula melencong pesawat mereka kira-kira 4.30 pagi waktu tempatan.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Pelepasan ini akan diperluas meliputi perbelanjaan yuran mengikuti latihan sukan.
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka meninggal dunia
Allahyarham Zaidi Johari yang berusia 54 tahun menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung sekitar pukul 8.15 pagi ini.
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.
Keputusan, penyata pengundian PRN dan PRK Kuala Terengganu diwartakan
Pewartaan itu adalah selaras dengan kehendak di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.
Isu Fahmi didakwa berkempen di masjid dianggap selesai - MAIS
Isu Fahmi Fadzil yang didakwa berkempen di dalam sebuah masjid di Kundang, Rawang pada Julai lepas dianggap selesai, kata MAIS.
GRS terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti demi kebaikan rakyat Sabah - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil sikap terbuka terhadap mana-mana parti politik yang ingin membentuk kerjasama dengannya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Penjawat awam sokong PN dalam PRN - Ilham Centre
Kajian badan penyelidikan, Ilham Centre mendapati pola pengundian pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri baru-baru ini menunjukkan penjawat awam lebih menyokong Perikatan Nasional (PN).