BAGAN DATUK: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengulangi kenyataan bahawa keputusan pembubaran Parlimen dibuat berikutan 12 menteri Perikatan Nasional (PN) menunjukkan sikap tidak wajar dengan mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membuat bantahan.
“Saya ada bawa ke dalam mesyuarat Kabinet, supaya Kabinet tahu niat saya untuk membubarkan Parlimen. Memanglah ada berbagai pandangan, tetapi akhirnya saya membuat keputusan.
“Saya beritahu dia orang, kalau you all (awak semua) tak setuju saya bubarkan sahaja Kabinet ni, dengan pecat semua orang, pun saya boleh buat. Silap, patut saya pecat semua sekali.
“Akan tetapi saya tidaklah seperti itu. Saya orangnya baik, lemah lembut, tetapi bukan lembut,” katanya yang juga Naib Presiden UMNO.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran Barisan Nasional (BN) di Dewan Perdana Kompleks UMNO Bagan Datuk, pada Isnin.
Hadir sama Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir; Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan; Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; dan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, soal pembubaran Parlimen sepatutnya tidak dipersoalkan kerana ia dijalankan mengikut proses yang ditetapkan dalam Perlembagaan.
Malah katanya, hasrat untuk membubarkan Parlimen itu turut telah dimaklumkan secara isyarat dalam mesyuarat Kabinet terakhir iaitu sebelum pembentangan Bajet 2023.
Dalam pada itu, Ismail Sabri memberitahu ketika mesyuarat Kabinet tersebut, beliau meminta hubungan silaturrahim sesama mereka terus dipelihara walaupun jika bertembung pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
“Mesyuarat Kabinet terakhir ada saya beritahu semua, walaupun kita bertembung dalam pilihan raya, namun hubungan sesama manusia mesti dikekalkan.
“Kita tak payah nak berperang sampai ‘berpatah arang’. Kita pilihan raya sebulan atau sebulan setengah, selesai sampai itu sahaja. Kita sebagai umat Islam sesama kita ini tali silaturrahim harus kekalkan.
"Jadi saya sudah bagi ‘signal’ pada hari terakhir iaitu pagi sebelum Bajet 2023 dibentang,” katanya.
Pada Selasa lalu, Ismail Sabri dilaporkan berkata keputusan pembubaran Parlimen dibuat berikutan 12 menteri menunjukkan sikap tidak wajar dengan mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Katanya pembubaran itu bertujuan menghalang daripada tercetusnya ketidakharmonian dalam pentadbiran kerajaan.
Sementara itu, Ismail Sabri sekali lagi mempersoalkan tindakan pihak pembangkang yang mempertikaikan keputusan pembubaran Parlimen.
Beliau juga sekali lagi menyifatkan tindakan penyandang Parlimen Klang, Charles Santiago yang memfailkan saman terhadap beliau susulan pembubaran parlimen sebagai mahu mencabar kuasa Yang di-Pertuan Agong.
“Sepatutnya pembangkang seronok (apabila Parlimen dibubarkan). Sebab pembangkang kata kerajaan hari ini tidak berapa sah, kerajaan hari ini ‘kerajaan tebuk atap’, kerajaan hari ini ‘tebuk dinding’, kerajaan hari ini kerajaan ‘tebuk pintu belakang’.
“Berbagai-bagai tuduhan yang dibuat mereka tentang keabsahan kerajaan yang ada pada hari ini. Kalau macam tu elok kita bubarkan. Ini, saman pula kita,” katanya.
Amirrul Rabbani
Mon Oct 17 2022
Ismail Sabri berkata, soal pembubaran Parlimen sepatutnya tidak dipersoalkan kerana ia dijalankan mengikut proses yang ditetapkan dalam Perlembagaan. - Gambar fail
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Dekan Institut Pengajian Siswazah Universiti Islam Melaka, Prof Dr Kamaruzaman Yusoff memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
'OIC, UNSC dah tak berguna!' - Pakar tidak tolak kemungkinan Israel serang negara sekutu Iran
Salawati berpandangan tidak mustahil untuk Israel menyerang negara berjiran Iran dengan tanggapan mereka sekutu yang bersekongkol dengan negara itu.
Kampit beras dibuang: SWCorp tutup sementara tapak pelupusan sampah
Penutupan itu dilakukan bagi membolehkan pihaknya melakukan siasatan terhadap pihak terlibat termasuk penyedia tapak pelupusan dan pihak yang membuang sampah di lokasi tersebut.
Negara Islam tiada kuasa campur tangan dari aspek perundangan
Sebaliknya, satu bentuk pakatan seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam membawa perubahan dan mengecam apa dilakukan rejim Zionis.
Pemandu lori tolak kekasih dari tingkat 23 diperintah periksa mental
Majistret, Mohamed Redza Azhar Reza memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan daripada peguam, R Sivananthan yang mewakili tertuduh, V Nathan, 37.
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan
Fuziah Salleh menafikan dakwaan bekalan barangan bersubsidi masih berkurangan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Akta Parlimen Berpenggal tidak mudah untuk dilaksanakan - Wan Junaidi
Akta Parlimen Berpenggal hanya menjejaskan sedikit kedudukan Perdana Menteri seperti budi bicara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mencadangkan pembubaran Parlimen.
Naratif Islam terancam berjaya tarik undi orang Melayu - Mat Sabu
Naratif Islam terancam dan kedudukan orang Melayu tidak terjamin jika memilih PH menyebabkan beberapa pemimpin utama parti itu tewas pada PRU yang lalu.
Rayuan petisyen pilihan raya Parlimen Masjid Tanah didengar 16 Feb
Rayuan calon BN terhadap keputusan mahkamah menolak petisyen dikemukakannya bagi membatalkan kemenangan Datuk Mas Ermieyati Samsudin pada PRU15 didengar 16 Feb.
Bekas calon Warisan mengaku tidak bersalah tipu urusan pembalakan
Azman Idris, 55, didakwa memperdayakan Chin Yet Lun, 37, dalam urusan pembalakan yang tidak wujud sehingga mangsa menyerahkan wang sebanyak RM171,500 ke dalam dua akaun bank tertuduh.
Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.
PM tekad akan terus banteras amalan rasuah dalam pentadbiran
Anwar Ibrahim menzahirkan rasa bangga dengan prestasi yang ditunjukkan kepimpinan Kerajaan Perpaduan dalam menghentikan amalan rasuah serta salah guna kuasa.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.
Abdul Hadi kekal Ahli Parlimen Marang
Mahkamah Persekutuan memutuskan Tan Sri Abdul Hadi Awang kekal sebagai Ahli Parlimen Marang.