Calon PM ke-9: Ahli Parlimen UMNO, Bersatu tiba menaiki bas ke Istana Negara

Ridauddin Daud
Ogos 19, 2021 03:30 MYT
Beberapa Ahli Parlimen dari UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat memasuki Istana Negara bermula jam 10.35 lagi tadi. -Bernama
KUALA LUMPUR: Beberapa Ahli Parlimen dari UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat memasuki Istana Negara bermula jam 10.35 lagi tadi.
Kenderaan pertama masuk adalah sebuah bas yang membawa beberapa Ahli Parlimen dari UMNO.

10.35 pagi

Ahli Parlimen UMNO dilihat masuk ke Istana Negara. Tiga pemimpin dilihat masuk menaiki sebuah bas, DS Shahidan Kassim, Khairy Jamaluddin, TS Annuar Musa.@501Awani #AWANInews #AWANIterkini pic.twitter.com/PIsdZyizjc

— Ridauddin Daud (@RidauddinDaud) August 19, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Antara yang kelihatan ialah Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa; Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim; dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

10.43 pagi Bas membawa MP Bersatu dilihat memasuki Istana Negara. Antara yg kelihatan, MP Alor Gajah, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.@501Awani #AWANInews #AWANIpagi pic.twitter.com/6k4QEfoI11

— Ridauddin Daud (@RidauddinDaud) August 19, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beberapa kenderaan lain menyusul dan antaranya ialah kereta membawa Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kenderaan membawa DS Najib Razak dan Ahli Parlimen lain turut dilihat masuk ke Istana Negara.@501Awani #AWANInews #AWANIpagi #AWANIterkini pic.twitter.com/ssaHmAsDRS

— Ridauddin Daud (@RidauddinDaud) August 19, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bas kedua yang tiba kira-kira 10 minit kemudian dipercayai membawa beberapa Ahli Parlimen Bersatu.
Antara yang kelihatan ialah Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof yang sempat melambai kepada media.
Berdasarkan jadual diterima pihak media, difahamkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dijadual masuk menghadap pada jam 10 pagi.
Walau bagaimanapun, sumber memberitahu pertemuan tersebut dilakukan secara maya.
#ahli Parlimen #Politik Malaysia #UMNO #PPBM #Parlimen #Istana Negara #Najib Razak #Annuar Musa #Tan Sri Annuar Musa #Khairy Jamaluddin #Shahidan Kassim