KUALA LUMPUR: Gabungan Parti Sarawak (GPS) dijangka akan menyokong calon perdana menteri yang dikemukakan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurut Felo Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir, ia susulan kepercayaan terhadap kepimpinan PN yang menyaksikan Sarawak dan Sabah meraih pelbagai manfaat.
“Yang paling penting bagi GPS adalah apakah tawaran terbaik buat Sarawak dalam konteks pembentukan kerajaan baharu nanti.
"Berdasarkan pengamatan, saya fikir keputusan itu berpaksikan kepada kestabilan politik, maksudnya GPS dengan 18 Ahli Parlimen akan berpegang kepada PN dan sedia menyokong calon yang dikemukakan.
“Perkara ini juga sudah dinyatakan dengan jelas oleh Setiausaha Agungnya, Datuk Alexander Nanta Linggi.
"Ini adalah disebabkan kepercayaan mereka di bawah pimpinan PN sebelum ini yang meraih banyak manfaat.
“Pada masa sama saya berpendapat kemungkinan kerjasama dengan Pakatan Harapan dilihat sangat tipis berdasarkan kesangsian parti ini terhadap DAP yang didakwa sebelum ini mencalarkan imej kerajaan negeri Sarawak,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu.
Justeru, jelasnya, GPS tetap akan berpegang teguh kepada prinsip kestabilan politik negara dalam usaha menyelesaikan masalah dihadapi ketika ini dan akan menyokong Ismail Sabri.
Sementara itu, beliau turut berpendapat kerajaan perpaduan adalah langkah alternatif sekiranya sokongan terhadap calon perdana menteri seterusnya tidak berjaya dicapai.
Jelasnya, apa yang lebih penting ketika ini adalah semua parti politik bertolak ansur dan bekerjasama dalam memastikan sokongan itu dapat dicapai.
“Kerajaan perpaduan adalah alternatif kedua sekiranya tiada blok yang dapat dibentuk untuk menyakinkan baginda Yang di-Pertuan Agong untuk dapat ditentukan secara tuntas.
“Saya kira tidak timbul kerajaan perpaduan dan untuk politik baharu asasnya perlu bertonggakkan kepada tolak ansur, muafakat dan kerjasama. Ini bukan satu perkara yang baharu.
“Jadi politik baharu yang dimaksudkan adalah meletakkan kepentingan negara berbanding kepentingan agenda parti politik tertentu yang meletakkan nafsu dan kuasa sebagai keutamaan, dan mereka harus selesaikan perkara ini sebagai reformasi perlembagaan,” ujarnya.
Malah, jelasnya, ahli-ahli politik perlu menyelesaikan kemelut politik yang berlaku ketika ini secepat mungkin dalam memastikan pemulihan negara.
Pada masa sama, tujuh tawaran yang dikemukakan Perdana Menteri Sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini perlu dilaksanakan bagi meletakkan politik negara di landasan yang betul.
Astro Awani
Wed Aug 18 2021
Ia susulan kepercayaan terhadap kepimpinan Perikatan Nasional, yang menyaksikan Sarawak dan Sabah meraih pelbagai manfaat. Gambar fail/ Bernama
Sistem PADU selamat - Fahmi
Antara pihak yang terlibat dalam menguruskan keselamatan siber negara termasuklah Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Cybersecurity Malaysia.
Tumpuan Sabtu - 30 Mac 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
KPM pertimbang perjawatan warden bukan dalam kalangan guru
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedia mempertimbangkan untuk mewujudkan perjawatan warden bukan dalam kalangan guru di sekolah berasrama, dalam menangani pelbagai isu termasuk kes buli.
Seluruh Perlis, 30 kawasan lain catat suhu panas tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Suhu panas tahap satu atau berjaga-jaga merujuk kepada suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Louis Gossett Jr meninggal dunia pada usia 87 tahun
Louis Gossett Jr., lelaki kulit hitam pertama memenangi Anugerah Akademi sebagai pelakon pembantu terbaik, meninggal dunia pada usia 87 tahun.
Anggota polis maut dalam perjalanan bertugas
Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 6, Jalan Bahau-Kemayan tengah hari tadi.
Wanita Malaysia perlu peka terhadap golongan memerlukan - Dr Wan Azizah
Wanita di Malaysia perlu sentiasa peka dan membuat kebaikan kepada golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi pada Ramadan ini, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Reka bentuk PADU terbaik, selamat dan berkesan, bukan guna kaedah lapuk - DOSM
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menegaskan bahawa reka bentuk dan pembangunan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) adalah yang terbaik, selamat serta berkesan.
It’s About YOUth: Fostering inclusion for autism
Millions worldwide live with Autism Spectrum Disorder, but misunderstanding and stigma persist. Autism Behavioural Centre’s Charlene Marie Samuel and Consultant Psychologist Katyana Azman discuss overcoming these challenges to promote greater inclusion.
35 laluan bas Rapid KL terlibat penyelarasan operasi bermula hari ini
Sebanyak 35 laluan atau 13 peratus daripada keseluruhan 264 laluan bas Rapid KL di Lembah Klang termasuk bas perantara Laluan Transit Aliran Massa (MRT) terlibat dalam penyelarasan operasi.
DAP belum bincang PRK, tumpu pengebumian Lee - Teo
DAP mahu tumpu urusan pengebumian mendiang Lee Kee Hiong sebagai penghormatan kepada penyandang kerusi DUN berkenaan.
DAP tubuh jawatankuasa urus pengebumian mendiang ADUN Kuala Kubu Baharu
DAP Selangor akan menubuhkan satu jawatankuasa khusus bagi menguruskan pengebumian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baharu Lee Kee Hiong yang meninggal dunia hari ini.
DAP sokong keberanian PM jadi suara antarabangsa dalam isu Palestin - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, ini kerana kekejaman di Gaza hanya dapat ditamatkan melalui penyelesaian antarabangsa.
UMNO-DAP: Pemimpin perlu tunjuk teladan, hindari kenyataan sensitif - Penganalisis
Pemimpin dalam parti komponen yang membentuk Kerajaan Perpaduan perlu menunjukkan teladan yang baik kepada akar umbi demi mengekalkan kestabilan yang wujud.
'DAP jangan guris hati orang Melayu' - Ahmad Maslan
Pimpinan utama parti dalam Kerajaan Perpaduan diminta lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan kerana dikhuatiri boleh menyinggung perasaan orang Melayu dan Bumiputera.
MUDA kritik tindakan terhadap Tony Pua, gesa kerajaan semak semula akta hasutan
Kerajaan Madani digesa supaya menyemak semula dan mengemas kini akta hasutan susulan Tony Pua dipanggil untuk direkod keterangan.
DAP setuju cadangan RUU penggal tetap Parlimen
Anthony Loke berkata, ia kerana saranan tersebut adalah baik untuk mengurangkan masalah atau isu politik yang timbul dalam tempoh satu penggal Parlimen.
Zahid nasihat MCA, DAP selesai perbezaan pendapat
Perbezaan pendapat antara MCA dan DAP adalah perkara biasa dalam politik, tegas Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
DAP diingatkan tidak main isu sensitif - Puteri UMNO
DAP dingatkan supaya tidak bermain dengan isu sensitif yang boleh menggugat keamanan serta keharmonian awam, khususnya berkaitan agama, bangsa dan institusi raja (3R).
Pas gesa PM tegur DAP jangan sentuh sensitiviti Islam
Tuan Ibrahim berkata, DAP sekali lagi menunjukkan taring apabila mengeluarkan kenyataan yang mencampuri urusan agama Islam.