KUCHING: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak hari ini mengesahkan ada dihubungi oleh pemimpin politik bagi mendapatkan sokongan GPS membentuk kerajaan baharu.
Bagaimanapun, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menjelaskan, beliau tidak dihubungi Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Musim sekarang (krisis politik) semua ada hubungi, tidak, (Anwar) tidak ada," katanya ringkas selepas mengadakan pertemuan dengan pimpinan termasuk Ahli Parlimen GPS.
Sebelum itu, Abang Johari dilaporkan berkata, GPS sudah sebulat suara menyokong satu nama untuk calon Perdana Menteri baharu dan ia akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Perkara itu disahkan Abang Johari ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan khas bersama pemimpin GPS di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Rabu.
Bagaimanapun, Ketua Menteri Sarawak itu enggan mengulas lanjut termasuk mendedahkan nama calon yang disokong dan keputusan kini diserahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk menentukannya.
BACA LAPOR LANGSUNG: Pembentukan kerajaan baharu, siapa PM ke-9?
“Ini adalah permintaan daripada Istana Negara, mana boleh saya beritahu anda sekarang, kerana saya tidak boleh mendahului Yang di-Pertuan Agong dalam hal ini.
“Apa pun keputusan ia terpulang kepada mereka, saya tidak boleh beritahu (nama calon) kerana kita berurusan secara terus kepada Agong, sokongan diberikan sebulat suara,” katanya sebelum meninggalkan kawasan DUN Sarawak.
BACA: Calon GPS 'sesuai' pegang jawatan TPM - Masing
Dalam perkembangan sama, Abang Johari mendedahkan ada dihubungi oleh pihak tertentu mengenai sokongan kepada calon Perdana Menteri ke-9.
Terdahulu, Abang Johari ketika ditanya soalan sama semasa menghadiri program di Miri hari ini berkata bahawa GPS terus dengan pendirian untuk tidak mencampuri urusan pemilihan Perdana Menteri ke-9 sebaliknya kuasa itu diserahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong.
Pada Isnin lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri selepas mendapat perkenan Seri Paduka Baginda..
Tindakan itu diambil Muhyiddin selepas 15 Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadapnya sebagai perdana menteri dan Kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Shafik Ahmad
Wed Aug 18 2021
Bagaimanapun Ketua Menteri Sarawak itu enggan mengulas lanjut termasuk mendedahkan nama calon yang disokong dan keputusan kini diserahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk menentukan. - Gambar fail
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
Kereta 'sangkut' di jambatan gantung gara-gara GPS
Seorang wanita di Thailand berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya 'tersangkut' di jambatan gantung gara-gara mengikuti arah jalan menerusi aplikasi Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS).
Abang Johari beri jaminan tutup episod tebuk atap, kata PM
Perdana Menteri berkata, Abang Johari turut mengulangi pendirian tegas dan tidak akan bertolak ansur untuk mengekalkan Kerajaan Perpaduan sehingga pilihan raya umum akan datang.
GPS kekal kuasai DUN Jepak
Keputusan diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Jepak pada 8.30 malam di pusat penjumlahan undi di Dewan Suarah Bintulu.
Hari pengundian PRK Jepak ibarat duduki 'peperiksaan' - Calon GPS
Iskandar Turkee menyifatkan hari pengundian pada 4 Nov ini ibarat menduduki peperiksaan kenaikan pangkat sewaktu dalam perkhidmatan awam.
PRK Jepak: Manifesto GPS tawar 14 aku janji
Gabungan Parti Sarawak (GPS) hari ini melancarkan manifestonya untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak.
GPS tak mungkin capai kekuatan sekarang tanpa perpaduan ahli
GPS tidak mungkin dapat mencapai kekuatan politik yang dikecapinya sekarang, jika ahlinya gagal memupuk perpaduan dalam kalangan mereka.
Iskandar sudah tahu apa perlu dilakukan di Jepak
Iskandar menjadi pilihan GPS sebagai calon untuk mengekalkan kerusi DUN Jepak dalam PRK ini.
PRK Jepak: BN sedia bantu GPS jika diminta - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia membantu Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, Sarawak sekiranya diminta berbuat demikian.
PRN: Menteri, Timbalan Menteri GPS akan bantu calon Kerajaan Perpaduan - Abang Jo
Pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata keputusan itu dipersetujui susulan mesyuarat Majlis Tertinggi gabungan itu malam ini.
GPS putuskan cara bantu Kerajaan Perpaduan dalam PRN enam negeri malam ini - Fadillah
Pucuk pimpinan GPS akan memperincikan strategi kempen bagi menyatakan sokongan kepada calon parti politik di bawah Kerajaan Perpaduan menjelang PRN nanti.