KUALA LUMPUR: Lima tahun menghilang, bekas Presiden MCA, Tan Sri Ong Tee Keat, kembali ke gelanggang politik dan bertanding atas tiket Parti Warisan Sabah (Warisan) bagi kerusi Pandan.

Tee Keat berkata, beliau kembali dengan harapan mahu membawa acuan dan semangat bersatu padu rakyat Sabah dan Sarawak ke Semenanjung.

"Kita kagum dan nak tiru budaya di Sabah, dimana pelbagai kaum di Sabah boleh duduk semeja, kenapa tidak kita di Semenanjung? Kenapa tak boleh ikut jejak kawan-kawan di Sabah dan Sarawak?” katanya ketika berucap dalam Majlis Memperkenalkan Calon-Calon Warisan Kerusi Parlimen Semenanjung Malaysia Dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), pada Selasa.





Ikuti semua perkembangan mengenai PRU15. KLIK DI SINI!

Tambah Tee Keat, beliau kecewa apabila pencalonan di bawah parti MCA dikaburi sentimen perkauman dalam kalangan pengundi khususnya di Ampang dan Pandan, sebelum ini.

“Pengundi harus sedar bahawa mereka mempunyai pilihan untuk mengundi parti yang tidak berasaskan isu perkauman atau agama," katanya lagi.

PRU15 | Ong Tee Keat kembali, tanding kerusi Pandan


Tee Keat meletak jawatan pada 2017 dan berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Pandan selama dua penggal dari 2004 hingga 2013 dan empat penggal sebagai Ahli Parlimen Ampang Jaya dari 1989.

Terdahulu, Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan 26 calon untuk kerusi parlimen, meliputi enam buah negeri di Semenanjung.