KUALA LUMPUR: Daftar Pemilih Tambahan Bulan September Tahun 2022 (DPT BLN9/2022) yang telah diperaku dan diwartakan, kini dibuka untuk semakan selama 30 hari bermula hari ini hingga 31 Dis.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan hari ini memaklumkan DPT BLN9/2022 mengandungi 83,783 nama warganegara berumur 18 tahun ke atas bagi tempoh 1 Sept hingga 30 Sept yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu
Menurutnya ia juga melibatkan 27,104 pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 11,049 pemilih bertukar status atau kategori pengundi.
SPR menyediakan lima kaedah untuk semakan iaitu menerusi portal SPR di https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my dan portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my.
Selain itu, katanya semakan juga boleh dilakukan menerusi aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my, aplikasi mudah alih MySPR Semak dan Hotline SPR di talian 03-8892 7018.
"SPR menyeru kepada warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 Sept hingga 30 Sept 2022 dan mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status, agar menyemak nama mereka dalam DPT BLN9/2022.
"Sekiranya mendapati nama mereka tidak disenaraikan dalam DPT BLN9/2022, mereka boleh membuat tuntutan dengan mengisi borang C (tuntutan) melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke pejabat pilihan raya negeri yang berkenaan," katanya.
Ikmalrudin berkata pemilih berdaftar di sesuatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat bantahan ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya, boleh mengisi borang D (bantahan) dan hadir ke pejabat Pilihan Raya Negeri berkenaan.
Menurutnya borang C dan borang D boleh dimuat turun daripada portal Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my serta perlu dikemukakan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri berkenaan pada waktu pejabat di hari bekerja sepanjang tempoh semakan DPT BLN9/2022.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 02 2022
Daftar pemilih itu turut melibatkan 27,104 pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 11,049 pemilih bertukar status atau kategori pengundi. - Gambar fail
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Mesyuarat khas SPR PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 4 April
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor pada 4 April ini.
SPR diarah mudahkan proses mengundi luar negara - PM
Dengan bilangan perantau yang semakin meningkat, kapasiti pelaksanaan pilihan raya juga harus terus ditingkatkan.
Daftar Pemilih Tambahan Januari 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Daftar Pemilih Tambahan Bulan Januari 2024 (DPT BLN1/2024) yang diperaku semalam serta diwartakan hari ini, dibuka untuk semakan selama 30 hari hingga 21 Mac ini.
Daftar Pemilih Tambahan Disember 2023 dibuka untuk semakan
Daftar Pemilih Tambahan Bulan Disember Tahun 2023 (DPT BLN12/2023) yang telah diperaku dan diwartakan hari ini, kini dibuka untuk semakan selama 30 hari hingga 17 Feb depan.
PBB akan kemuka cadangan persempadanan semula di Sarawak - Abang Johari
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan mengemukakan cadangan mengenai urusan kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya di Sarawak kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Lat tempoh masih berkuat kuasa, SPR tidak rancang laksana kajian semula persempadanan
Abdul Ghani berkata bagi Sarawak, SPR sedang mempertimbang dan meneliti kesesuaian untuk melaksanakan urusan tersebut.
PRK Kemaman: 60 peratus keluar mengundi setakat 4 petang - SPR
Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman mencecah 60 peratus, setakat 4 petang ini.
PRK Jepak: Proses pengiraan undi berlangsung
Kesemua 14 pusat pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak telah ditutup bagi memulakan proses pengiraan undi.
PRK Jepak: Tiga pusat mengundi ditutup awal
Tiga daripada 14 pusat pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak ditutup awal iaitu pada 4 petang.