'Dari penjara ke Parlimen' - Netizen ucap tahniah kepada Anwar Ibrahim

Kohilah Sekaran
Oktober 15, 2018 04:22 MYT
Netizen melahirkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Port Dickson, hari ini. -Astro AWANI/Shahir Omar
“SELAMAT kembali ke Parlimen Datuk Seri.”
Itulah ucapan netizen yang sedang membanjiri media sosial selepas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.
Kemunculan semula Anwar ialah susulan kejayaannya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P132 Port Dickson di mana beliau menang dengan majoriti 23,560 undi Sabtu lalu.
Penyokong Anwar yang gembira dengan kemenangan itu melahirkan ucapan tahniah dan berharap beliau akan menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab.
Mereka turut menyifatkan hari ini sebagai hari bersejarah kerana pemimpin kesayangan mereka kembali ke Parlimen sebagai kerajaan selepas 20 tahun meninggalkan institusi penggubal undang-undang itu.
Berikut adalah antara ucapan yang dikongsi oleh netizen:
Selamat kembali ke Parlimen, Datuk Seri

Selamat kembali ke Parlimen Dato Seri @anwaribrahim ! #anwaribrahim #dsai #PartiKeAdilanRakyat #parlimenmalaysia pic.twitter.com/2Ekg5GqzDK

— YiMa Nas (@yimanas) October 15, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

From Prison to Palace to Parlimen soon to be Perdana Menteri @anwaribrahim congratulation Datuk Seri..

— Mohd Nazrie Salasian (@MNazriesalasian) October 15, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Strong words and I respect that.Kembali berkhidmat.Congrats again DSAI...my salute to u...

— kool tan (@koolkktan) October 15, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

After 20 Years @anwaribrahim kembali ke Parlimen sebagai Kerajaan Malaysia https://t.co/tSxIpxV3gM

— Eden Adham (@adhamcik) October 15, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Semoga menjadi Ahli Parlimen yang bertanggungjawab

Selamat kembali Dato seri Anwar ibrahim,semoga menjadi Yb yg baik dan bertanggungjawab kpd rakyat

— WakDinOffical (@DinBrader) October 15, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tahniah YB DS Anwar Ibrahim atas kemenangan di PD dan kembali bertugas. Moga amanah yg dipikul dapat digalas dgn baik, cekap, telus dan penuh integriti.

— Nazir.Abu.Bakar (@NazirAbuBakar_) October 15, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tahniah DS @anwaribrahim selamat kembali berkhidmat dan memberi tunjuk ajar kpd menteri2 dlm era #MalaysiaBaru dan memacu negara ke puncak kegemilangan

— Maliqe Sãntiagö (@maleksantiago) October 15, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Semoga ada 'check and balance' dalam Pakatan Harapan

Semoga ada check and balance dlm Pakatan Harapan. Selamat berkhidmat DSAI

— ZackFadli (@_Haz_Fad_) October 15, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga melahirkan ucapan semoga berjaya buat suaminya di laman Twitter.
"Dua puluh tahun perjalanan reformasi, tiga tahun berehat daripada Parlimen, hari ini dia kembali. Sekalung tahniah kepada Datuk Seri @anwaribrahim," tweet Wan Azizah.

20 tahun perjalanan reformasi, tiga tahun berehat daripada parlimen. Hari ini dia kembali. Sekalung tahniah kepada DS @anwaribrahim selamat mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof. pic.twitter.com/m0wjbMsnwu

— Dr Wan Azizah Ismail (@drwanazizah) October 15, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Anwar Ibrahim #Dewan Rakyat #Parlimen #pilihan raya #rakyat