KUALA LUMPUR: Di sebalik teka-teki mengenai tarikh debat antara Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, 'wakil' masing-masing iaitu Fahmi Fadzil dan Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil, terus berbalas kenyataan.
Terbaharu, Isham mendakwa beberapa kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai itu susulan pertemuan dengannya, berhubung sesi debat tersebut adalah penipuan.
Dakwanya, ia termasuk kenyataan Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi PKR, mengulangi pendirian yang Anwar mahu debat diadakan secepat mungkin pada bulan Ramadan.
"Tipu. Dia tidak cakap pun ini. Saya ada dua saksi, seorang peguam kanan, (dan) seorang bekas polis," katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
BACA: Debat Anwar-Najib: Debat Ramadan atau lepas Aidilfitri?
BACA: Debat Najib-Anwar: Dah setuju kata nak buat lepas raya, apa pusing orang PKR ni? - Isham Jalil
Isham juga mendakwa Fahmi tidak bercakap benar apabila menyatakan telah menyampaikan hasrat Ahli Parlimen Port Dickson agar debat diadakan dalam bulan Ramadan kepadanya.
"Separuh tipu (sampaikan hasrat Anwar), dia tidak pernah kata Anwar mahu debat dalam bulan Ramadan dalam perbincangan itu (mungkin dia tipu bos dia wallahualam)," sindir Isham lagi.
Bagaimanapun, Isham yang mewakili kem Najib mengakui beliau dan Fahmi ada membincangkan mengenai lokasi dan media yang akan menganjurkan debat tersebut.
Dalam masa yang sama, beliau mengesahkan bahawa kedua-dua pihak turut bersetuju agar pemakluman berhubung debat tersebut akan dibuat secara bersama dalam satu sidang media pada hujung minggu ini.
"Seperkara lagi, semasa pertemuan pertama antara saya dengan dia (Fahmi Fadzil) minggu lepas, dia telah setuju untuk tidak bocorkan maklumat perbincangan tertutup kepada media dahulu sebelum kita buat keputusan bersama dengan maklumat-maklumat yang lebih konkrit.
"Dia juga yang cadangkan supaya kita buat kenyataan media bersama. Tetapi alih-alih dua tiga hari selepas itu dia buat kenyataan media berseorangan dan kata team Najib nak debat lepas raya dan Anwar nak debat dibuat secepat mungkin.
"Mungkin dia nak tunjuk yang bos dia berani tak menyempat-nyempat nak berdebat, maklumlah bos dia baru menang Presiden tanpa bertanding, kepak lebih sikit," katanya lagi.
Selain itu, Isham mendakwa beliau sudah dapat mengagak apabila berurusan dengan orang PKR, akan berlaku penipuan, 'kencing' dan fitnah.
"Yalah, manifesto terbuka pun dia boleh tipu, apakan lagi perbincangan tertutup.
"Bila jadi macam ini, kalau ikut hati memang saya ingin saja debat secepat mungkin dengan puak-puak ini dan leraikan penipuan-penipuan mereka di atas pentas. Saya rasa Bossku (Najib) pun fikir perkara yang sama. Namun, bulan Ramadan ini kita perlu banyak bersabar, kita tunggu sekejap sehingga lepas raya," katanya lagi.
Terdahulu, Fahmi dalam hantaran di Facebook antaranya menafikan kononnya pihak Anwar sudah bersetuju tarikh debat selepas Aidilfitri.
Hasimi Muhamad
Thu Apr 14 2022
Isham (kanan) mendakwa beberapa kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berhubung sesi debat tersebut adalah satu penipuan - Foto/fail
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Tiga media gabung tenaga cadang anjur debat Anwar-Najib
Debat tersebut bagi merungkai polemik yang melanda Sapura Energy Berhad sama ada ia perlu diselamatkan oleh kerajaan atau sebaliknya.