MARANG: Pas tidak melatah meskipun ada pihak yang mendakwa menteri ‘cap ayam’ dari parti Islam itu sebagai beban besar kepada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebaliknya mereka menyerahkan kepada Perdana Menteri dan rakyat bagi menilai hasil prestasi kerja yang dilaksanakan.
Beliau yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air berkata, menteri dan timbalan menteri yang dipilih telah melaksanakan kerja mereka sebaik mungkin.
“Penilaian prestasi menteri dinilai oleh Perdana Menteri, bukan orang luar yang tidak ada kena mengena, yang ada kepentingan peribadi.
“Bagi saya yang berhak menilai ini selain daripada rakyat ialah Perdana Menteri, tentang Kabinet dia dan kita pun sentiasa ada pertemuan, pelaporan dan sebagainya.
“Kepada Perdana Menteri, prestasi-prestasi kita Alhamdulillah, kita menteri dan timbalan menteri Pas adakan pertemuan dengan Perdana Menteri untuk berkongsi, tukar pendapat apa yang perkara perlu kita baiki hingga setakat ini Alhamdulilah,” kata Tuan Ibrahim.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Projek Pemuliharaan Muara Sungai Merchang dan Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Pantai Marang di sini, pada Ahad.
Sebelum ini, media melaporkan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed mendakwa menteri Kabinet daripada Pas gagal memikul tanggungjawab dengan baik.
Bekas Ahli Parlimen Pulai itu memberitahu, kelemahan kepimpinan parti berkenaan turut menyebabkan Perdana Menteri dilihat perlu menanggung pelbagai masalah negara.
Dakwa Nur Jazlan, menteri-menteri daripada Pas lebih bergaya dengan kedudukan dan pangkat yang ada, namun tidak kompeten dalam melakukan kerja.
Nur Fazlizai Ali
Sun Jul 03 2022
Tuan Ibrahim Tuan Man (kiri) jawab dakwaan Nur Jazlan Mohamed bahawa anggota Kabinet daripada Pas tidak kompeten dalam melaksanakan tugas. - Gambar fail
Tumpuan Sabtu - 20 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Empat wakil negara mara ke separuh akhir kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia
Empat wakil negara berjaya melangkah ke separuh akhir Kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia Zon Asia yang berlangsung di Pusat Skuasy Jalan Duta hari ini.
Malaysia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua pihak terlibat supaya bertenang
Malaysia memantau dengan rapi perkembangan terkini di Asia Barat dan menyeru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan terus berusaha mencari jalan penyelesaian diplomatik.
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
Pemandu bas rempuh 11 kenderaan direman empat hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 51 itu dibenarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Jangan abai peruntukan untuk pembangunan sukan - Hannah
Kerajaan negeri dinasihatkan untuk tidak 'menganaktirikan' atau menganggap agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan sukan tidak penting dalam belanjawan negeri.
Empat pelari yang memenangi acara separa maraton Beijing dilucutkan pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat.
Lelaki sindrom Down melecur disimbah air panas dalam lif
Seorang lelaki sindrom Down melecur di bahagian badan disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif sebuah pangsapuri.
Park Jaehong ketua jurulatih baharu KDNFC
KDNFC hari ini mengumumkan Park Jaehong dari Korea Selatan sebagai ketua jurulatih yang baharu bagi membimbing pasukan itu dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/25.
Didakwa menteri 'cap ayam', Tuan Ibrahim jawab kritikan Nur Jazlan
Pas tidak melatah kerana prestasi Jemaah Kabinet dinilai Perdana Menteri dan rakyat.