Didakwa sebar kandungan jelik, SKMM siasat Nga Kor Ming

Bernama
Januari 18, 2018 16:14 MYT
Siasatan terhadap Nga Kor Ming (gambar) dijalankan di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - Gambar fail
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Kontinjen Perak telah menyerbu beberapa lokasi berlainan melibatkan premis Anggota Parlimen Taiping Nga Kor Ming yang didakwa menyebarkan kandungan jelik menerusi laman media sosialnya.
Serbuan dijalankan sekitar 3 petang Khamis di Ayer Tawar, Taiping dan Ipoh susulan aduan terhadap Timbalan Setiausaha Agung DAP itu dan beberapa peralatan komunikasi telah dirampas untuk siasatan lanjut, kata SKMM dalam satu kenyataan.
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan jika sabit kesalahan, denda tidak melebihi RM50,000 boleh dikenakan atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.
-- BERNAMA
#DAP #Jabatan Siasatan Jenayah Komersial #kandungan jelik #MCMC #media sosial #Nga Kor Ming #peralatan komunikasi #rampas #serbuan #SKMM