MINGGU lepas bumi Borneo bergegar seketika apabila pimpanan Parti Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) mengumumkan dalam siri jelajah PRU15 di Sabah bahawa sekiranya mereka membentuk kerajaan, jawatan timbalan perdana menteri (TPM) akan diperkenalkan semula namun kali ini bukan hanya satu, ataupun dua tetapi tiga jawatan TPM akan diwujudkan.
PH menjanjikan dua jawatan TPM yang mana satu mewakili keseluruhan negeri-negeri di Semenanjung dan satu lagi dikhususkan bagi negeri-negeri Borneo. BN pula memberikan tawaran yang lebih menarik dengan menjanjikan tiga jawatan TPM masing-masing bagi negeri Sabah, Sarawak dan satu lagi untuk melengkapi kuota dari Semenanjung.
Persoalan utama sekarang apa pula respons Perikatan Nasional (PN) kepada tawaran BN dan PH ini? Empat TPM termasuk satu untuk negeri Kelantan?
Dalam PRU kali ini, serupa dengan PRU sebelumnya, blok undi dari Sabah dan Sarawak memainkan peranan yang amat signifikan dalam menentukan siapa yang akan membentuk kerajaan di peringkat persekutuan.
Umum sudah mengetahui bagaimana negeri Sabah dan Sarawak telah sekian lama terpinggir dalam arus pembangunan sosioekonomi negara. Sarawak contohnya mendahului dalam kategori kemiskinan tegar dengan bilangan seramai 62,930 keluarga setakat Februari 2022, Sabah pula meraih tempat ketiga dengan jumlah 40,938 (di belakang negeri Kelantan seramai 42,131).
Kadar pengangguran bagi Sabah untuk tahun 2021 pula adalah yang tertinggi iaitu sebanyak 8.2 peratus. Jauh di hadapan sekiranya dibandingkan dengan negeri-negeri lain yang rata-rata berada pada kadar 4 atau 3 peratus. Sekiranya diterokai dengan lebih mendalam, bilangan graduan yang menganggur di Sabah juga adalah yang tertinggi berbanding dengan negeri-negeri lain iaitu 8.4 peratus manakala Sarawak juga berhadapan dengan isu penganguran yang tinggi dengan angka 6.1 peratus.
Begitu juga halnya dalam aspek kesihatan di mana nisbah bilangan doktor yang berkhidmat di Sabah adalah seorang untuk 872 penduduk - hampir dua kali ganda beza dengan nisbah di peringkat kebangsaan iaitu seorang doktor untuk 441orang. Keadaan infrastruktur secara keseluruhannya samada di Sabah mahupun Sarawak, masih memerlukan dana yang cukup besar bagi membaik pulih keadaan sebahagian sekolah yang daif, keadaan jalan raya yang teruk dan berbahaya, hospital yang memerlukan peralatan terkini dan bermacam-macam lagi seperti akses kepada telekomunikasi dan internet yang hingga kini masih menjadi isu di sebilangan daerah.
Di Sabah pula isu pendatang tanpa izin yang wujud daripada generasi terdahulu dan diwarisi generasi sekarang tanpa sebarang penyelesaian konstruktif menimbulkan keresahan dan kebimbangan terhadap ancaman luar yang mungkin akan berulang seperti yang berlaku pada 2013 di Tanduo Lahad Datu. Oleh itu, adakah dengan mewujudkan semula atau dalam hal ini, menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri akan menyelesaikan permasalahan Sabah dan Sarawak?
Konsep TPM bukannya sesuatu yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaysia, namun ia hanyalah satu amalan yang diwujudkan sejak Malaysia tertubuh. Lazimnya mereka yang menyandang jawatan ini akan diberikan portfolio yang secara tradisinya dianggap penting atau lebih kekanan berbanding portfolio lain iaitu seperti jawatan Menteri Kewangan, Menteri Pelajaran dan juga Menteri Dalam Negeri. Oleh itu, kekuatan jawatan TPM ini sedikit sebanyak bergantung kepada portfolio yang disandang.
Dahulu ketika BN memerintah, jawatan TPM kebiasaanya akan dipegang oleh Timbalan Presiden UMNO. Dan pada ketika itu, jawatan TPM dianggap berprestij dan berkuasa kerana sesiapa sahaja yang berada di kerusi tersebut dianggap sebagai bakal Perdana Menteri.
Namun kita perlu faham, sekuat mana pun jawatanTPM di era BN, kuasa TPM dalam kerajaan secara realitinya hanya terhad kepada portfolio kementerian yang dipegang dan yang paling penting sekali kuasa yang ada pada TPM atau mana-mana menteri sekalipun adalah setakat mana yang PM inginkan. Maksudnya, dalam sistem Parlimen Malaysia, kuasa Perdana Menteri adalah begitu kuat berbanding dengan Parlimen United Kingdom (UK) contohnya.
Jadi sebenarnya apa yang Sabah dan Sarawak benar-benar utamakan bukannya jawatan politik (political position) tapi kehendak politik (political will) di peringkat kerajaan Pusat dengan menawarkan dan seterusnya menjanjikan pendekatan polisi yang inovatif bagi permasalahan yang sekian lama membelenggu rakyat Sabah dan Sarawak.
Walaupun ia satu penghormatan kepada Sabah dan Sarawak namun dengan mengambil kira kuasa TPM dalam kerangka sedia ada, ia hanyalah bersifat simbolik. Dalam keadaan sekarang sudah tiba masanya kita bergerak melangkaui simbolik dan menawarkan sesuatu yang benar-benar mampu memberi impak yang bermakna. Sekiranya parti-parti yang bertanding boleh menawarkan jawatan, mengapa tidak ditawarkan penyelesaian polisi.
Sebagai contoh, parti-parti yang bertanding mungkin boleh menawarkan akan memberikan 5 peratus hasil cukai yang dipungut dalam negeri Sabah dan Sarawak untuk satu tahun pertama dan akan disemak kadar selepas setahun melalui perbincangan bersama. Ataupun memberikan kuasa kepada kerajaan negeri untuk mengurus sendiri melalui penurunan kuasa semua perbelanjaan pembangunan yang diperuntukkan kepada kerajaan negeri.
Pendekatan- pendekatan melalui penawaran polisi sebegini yang seharusnya diberi keutamaan oleh parti- parti yang bertanding. Dan sekiranya parti-parti mengambil pendekatan dengan menawarkan jawatan politik, di manakah titik noktahnya selepas ini? Timbalan Menteri Perdana Menteri mengikut etnik atau agama?
Buat masa ini persoalan yang paling besar ialah barangkali apakah respons Perikatan Nasional (PN) kepada tawaran-tawaran ini? Dengan mengambil kira kerjasama antara PN dengan Pas, adakah mungkin ada empat TPM termasuk Kelantan?
*Artikel ini adalah tulisan Rahezzal Shah Abdul Karim, Pensyarah Kanan Sains Politik dan Kajian Dasar UiTM Sabah.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Kolumnis AWANI
Tue Oct 25 2022
PH menjanjikan dua jawatan TPM manakala BN pula memberikan tawaran yang lebih menarik dengan menjanjikan tiga jawatan TPM jika memenangi PRU15. - Gambar hiasan
Menteri luar ASEAN gesa henti segera keganasan di sempadan Myanmar
Menteri luar ASEAN menggesa semua pihak menghentikan segera keganasan dan melaksanakan sekatan sepenuhnya di kawasan sempadan Myanmar.
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM).
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
[LAPOR LANGSUNG] Perang Iran-Israel: Peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isfahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan
Fuziah Salleh menafikan dakwaan bekalan barangan bersubsidi masih berkurangan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Akta Parlimen Berpenggal tidak mudah untuk dilaksanakan - Wan Junaidi
Akta Parlimen Berpenggal hanya menjejaskan sedikit kedudukan Perdana Menteri seperti budi bicara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mencadangkan pembubaran Parlimen.
Naratif Islam terancam berjaya tarik undi orang Melayu - Mat Sabu
Naratif Islam terancam dan kedudukan orang Melayu tidak terjamin jika memilih PH menyebabkan beberapa pemimpin utama parti itu tewas pada PRU yang lalu.
Rayuan petisyen pilihan raya Parlimen Masjid Tanah didengar 16 Feb
Rayuan calon BN terhadap keputusan mahkamah menolak petisyen dikemukakannya bagi membatalkan kemenangan Datuk Mas Ermieyati Samsudin pada PRU15 didengar 16 Feb.
Bekas calon Warisan mengaku tidak bersalah tipu urusan pembalakan
Azman Idris, 55, didakwa memperdayakan Chin Yet Lun, 37, dalam urusan pembalakan yang tidak wujud sehingga mangsa menyerahkan wang sebanyak RM171,500 ke dalam dua akaun bank tertuduh.
Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.
PM tekad akan terus banteras amalan rasuah dalam pentadbiran
Anwar Ibrahim menzahirkan rasa bangga dengan prestasi yang ditunjukkan kepimpinan Kerajaan Perpaduan dalam menghentikan amalan rasuah serta salah guna kuasa.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.
Abdul Hadi kekal Ahli Parlimen Marang
Mahkamah Persekutuan memutuskan Tan Sri Abdul Hadi Awang kekal sebagai Ahli Parlimen Marang.