Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah masih mempertimbangkan cadangan beberapa pihak supaya beliau bertanding bagi merebut jawatan presiden parti pada pemilihan UMNO akan datang.
Tengku Razaleigh berkata, beliau menghargai sokongan dan pandangan ahli parti, terutama di peringkat akar umbi, yang mahukannya mengambil alih pimpinan parti.
Namun, katanya, beliau perlukan masa untuk berfikir dan menilainya daripada pelbagai sudut.
"Terima kasih atas sokongan yang dizahir oleh pemimpin peringkat akar umbi seluruh negara yang membayangkan mereka hendakkan saya mengambil alih pimpinan parti.
"Tetapi ada juga orang lain yang layak memegang jawatan ini. Ini bukan sesuatu yang mudah, dengan kadar sekarang, parti kita baru mengalami keadaan yang tak pernah dirasainya atau dilaluinya.
"Pertama kali UMNO sebagai komponen parti Barisan Nasional (BN) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya Umum (PRU).
"Hilang kuasa bukan sahaja di peringkat negeri-negeri yang pernah dikuasainya, tetapi juga di peringkat pusat, dan telah tidak lagi mempunyai pengaruh di banyak lapangan.
"Tetapi mesti diingat, UMNO masih kuat, masih disanjung oleh sebilangan besar pengundi," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Gua Musang dan majlis Berbuka Puasa di Bukit Cekati, di sini, pada Sabtu.
Tengku Razaleigh juga mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan berharap agar pesaing lamanya itu mentadbir negara dengan baik.
Beliau yang juga dikenali sebagai Ku Li pernah menjadi Menteri Kewangan pada 1976 - 1984.
Pada usia 81 tahun, Ku Li merupakan wakil rakyat paling lama selepas berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang, yang dimenangi pada 1974, pada PRU ke-14 baru-baru ini.
Sebelum ini, UMNO Cawangan Mak Chili di Kemaman, Terengganu pernah mencadangkan Ku Li dipilih sebagai Presiden UMNO untuk penggal 2018 hingga 2021.
Usul sama dibuat UMNO Cawangan Banggol Lepah di Ketereh, Kelantan, yang mencalonkan beliau untuk jawatan Presiden pada Pemilihan Agung UMNO 2018.
Bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, turut dilaporkan berkata, Ku Li dilihat calon terbaik untuk mengembalikan kekuatan serta semangat ahli UMNO selepas mengalami kekalahan teruk pada PRU14.
Menurutnya, perwakilan UMNO di seluruh negara wajar mempertimbangkan cadangan itu.
Muhafandi Muhamad
Sun Jun 03 2018
Muhammad berkata, Ku Li (gambar) dilihat calon terbaik untuk mengembalikan kekuatan serta semangat ahli UMNO selepas mengalami kekalahan teruk pada PRU14. - Gambar fail
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Nahas helikopter Lumut: Jasad Sivasutan selamat disemadikan
Jasad mendiang turut diberikan kawalan kehormat oleh 14 pegawai dan anggota TLDM sebagai penghormatan terakhir.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
PRN: Lantik Ku Li pengarah pilihan raya, Amanah serah pada BN
Amanah berkata pihaknya tidak memaksa BN untuk menerima keputusan tersebut.
Ku Li dilantik Penasihat UMNO - Laporan
Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah dilantik sebagai penasihat kepada parti berkenaan, menurut sumber.
Haramkan penerimaan dana politik dari luar, cadang Tengku Razaleigh
Ku Li mendakwa, politik wang terus menular dalam negara disebabkan penguatkuasaan undang-undang yang longgar dan lemah.
Pemilihan UMNO: Tengku Razaleigh pertahan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang sejak 1962
Ku Li berjaya meraih 453 undi berbanding dua pencabarnya Che Mohd Izani Che Musa dengan 46 undi dan Datuk Saari Lembut yang hanya memperoleh lima undi.
Wakil Ku Li gagal batalkan keputusan PRU15 Parlimen Gua Musang
Petisyen ini didapati difailkan dengan tidak mematuhi undang-undang kerana melepasi had masa 28 hari.
Ku Li seru pengundi muda tidak boikot PRU15, rebut peluang mengundi
Pemilih berusia 18 tahun yang bakal mengundi buat kali pertama pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diseru keluar beramai-ramai menunaikan tanggungjawab mereka.
UMNO kalah teruk jika hadapi PRU15 tanpa persediaan - Ku Li
Tengku Razaleigh Hamzah yang turut dikenali sebagai Ku Li berkata, parti itu akan kalah teruk jika menghadapi PRU15 tanpa membuat persediaan secukupnya.
Bajet 2023: Kerajaan kena kawal kejatuhan nilai ringgit - Ku Li
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengharapkan supaya kerajaan mengawal kedudukan tukaran asing bagi menangani isu kos sara hidup menerusi pembentangan Belanjawan 2023 nanti.
MKT UMNO bincang tindakan Ku Li jumpa Amanah - Ahmad Maslan
Sebarang keputusan perlu mendapat persetujuan dan pandangan sebelum diluluskan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.
PRN Melaka: 'MN sudah berkubur, ataupun lama mati tak ada kubur' - Ku Li
Veteran UMNO itu mendakwa, MN menyeleweng daripada matlamat asal selepas rakan gabungan Barisan Nasional (BN) iaitu Pas saling berbeza pendapat.