Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, dibubarkan secara rasmi pagi tadi.

Pembubaran tersebut dibuat selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas.

Abdul Rahman menandatangani watikah pembubaran Dun di Seri Mutiara sambil disaksikan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Mengumumkan pembubaran Dun Pulau Pinang, Guan Eng berkata, Yang Dipertua Negeri bersetuju kepada pembubaran seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Negeri.

Pembubaran Dun itu membolehkan Pilihan Raya Negeri dan Parlimen dijalankan secara serentak.