Empat Ahli Parlimen UMNO Sabah dijangka keluar parti hari ini?

Raja Hisyam Raja Zaid
Disember 11, 2018 09:31 MYT
Bagaimanapun tiada kenyataan rasmi dilakukan Badan Perhubungan UMNO Sabah setakat ini dan satu sidang media dijangka diadakan esok.
Empat Ahli Parlimen UMNO Sabah didakwa bakal meninggalkan parti itu pada Selasa.
Khabar angin yang bertiup kencang mendakwa, empat ahli parlimen itu ialah Datuk Abdul Rahim Bakri (Kudat); Datuk Azizah Mohd Dun (Beaufort); Datuk Zakaria Edris (Libaran) dan Datuk Seri Ronald Kiandee (Beluran).
Bagaimanapun tiada kenyataan rasmi dilakukan Badan Perhubungan UMNO Sabah setakat ini dan satu sidang media dijangka diadakan esok.
BACA: Samsudin dan 55 ketua cawangan UMNO Bahagian Batu Sapi keluar UMNO
BACA: Riwayat UMNO Sabah belum berakhir - Pemuda UMNO
Sebelum ini terdapat khabar angin yang mengaitkan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin yang bakal meninggalkan UMNO.
Bagaimanapun Bung dikatakan terus kekal bersama parti tersebut.
#Azizah #Bung Moktar Radin #keluar parti #Kinabatangan #Media #Parlimen #politik #Sabah #UMNO #UMNO Sabah