KRISIS kepimpinan dalam geopolitik hari ini memerlukan perubahan berimpak tinggi terhadap pemulihan struktur tadbir urus dan akauntabiliti Negara. Defisit kepercayaan terhadap tahap integriti telah menimbulkan persepsi negatif rakyat dan dunia terhadap Malaysia. Isu ini tentunya memerlukan solusi yang strategik.
#RasuahBusters bersama rakan gabungan melihat bahawa golongan muda adalah akar yang akan membawa karakter yang lebih kompetitif, progresif, inovatif dengan semaian akhlak, nilai dan maruah yang tinggi bagi memacu transformasi Negara.
Justeru, rakyat Malaysia diseru untuk bangkit memperkasakan dan menjadi sistem sokongan agar anak muda diberi peranan dalam mencorak model Malaysia yang lebih stabil dan kukuh daripada aspek politik, ekonomi dan sosial.
Undi 18 yang meletakkan kuasa mengundi kepada golongan muda termasuk para pelajar wajar dijadikan peluang untuk menolak kepimpinan toksik dan rasuah daripada terus memusnahkan masa depan mereka. Sebaliknya golongan muda lah yang harus tampil sebagai barisan hadapan kepimpinan di dalam proses pembikinan polisi serta penggubalan undang-undang dalam mengemudi pentadbiran untuk mencorak masa hadapan negara.
Landskap politik, ekonomi dan sosial negara mampu diperkasakan selaras kepantasan arus dunia dengan penglibatan langsung golongan muda melalui ideologi yang digarap daripada hasil-hasil kajian akademik, pembaharuan teknologi, kapasiti tenaga dan keupayaan mereka dalam membentuk inisiatif pembaharuan sosial yang komprehensif. Begitu juga, ketokohan dan potensi kepimpinan golongan muda yang dinamik melahirkan sebuah lingkaran kumpulan pengaruh yang besar untuk sebuah solidariti perubahan demi kesejahteraan negara.
Bagi mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goal (SDG)) yang telah disasarkan menjelang 2030, golongan muda juga harus berani untuk tampil dalam proses advokasi hak-hak bagi menjamin kualiti pendidikan, kesihatan, alam sekitar serta jaminan peluang pekerjaan bagi kemampanan ekonomi dan sosial.
Anak muda bangkit bukan retorik. Ia adalah jaringan ekosistem yang amat signifikan. Pensejajaran misi secara berterusan bersama golongan muda bakal menentukan halatuju kemajuan yang selari dengan kebangkitan #NilaiMoralKarakterBangsa agar negara ini bebas daripada kemelut ketidakstabilan politik dan isu rasuah.
Sebagai aset penting negara, komitmen bersepadu golongan muda adalah sinar harapan lahirnya negara yang progresif, telus, dan jujur. Tindakan hari ini adalah penentu selamat atau sengsaranya rakyat. Mulakan dengan memilih pemimpin yang tidak rasuah. Jangan biarkan perasuah merampas masa depan anak muda Malaysia.
BELIA # RASUAHBUSTERS
1. UNDI 18
2. IKRAM Muda Malaysia
3. Majlis Belia Malaysia
4. Pertubuhan Belia KerapatanGraduan Muda (KAGUM)
5. Pertubuhan Pemuda Gema (GEMA)
6. Ajar Demokrasi
7. Arus Anak Muda
8. Anak Muda Sarawak (AMS)
9. University of Malaya Association of New Youth (UMANY)
10. Pertubuhan Anak Muda Inspirasi Rakyat (AMIR)
11. Kelab Penyokong Suara Anak Muda
12. Briged Negaraku (Penyatuan Kaum)
13. Reset Malaysia
14. Malaysia Cyber Consumer Association (MCCA)
15. Majlis Belia India Malaysia (MIYC)
16. Persatuan Belia Buddhist Malaysia (YBAM)
17. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
18. Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP)
19. Pemuda Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)
20. Gabungan Belia Sikh Malaysia (GBSM)
21. Majlis Belia Felcra Malaysia (MBFEM)
22. Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC)
23. Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP)
24. Gerakan Belia 4B Malaysia (4B)
25. Majlis Belia Negeri Negeri Sembilan (MBNNS)
26. GabunganMahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS)
27. Majlis Belia Negeri Kedah (MBNK)
28. Majlis Belia Selangor (MBS)
29. Pertubuhan Belia KerapatanGraduan Muda (KAGUM)
30. Gerakan Belia Bersatu Malaysia (GBBM)
31. Nastia Youth Club (Nastia)
32. Persekutuan Pengakap Malaysia (Pengakap)
33. Junior Chamber International Malaysia (JCIM)
34. Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS)
35. Persatuan Pandu Puteri Malaysia
36. Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)
37. Majlis Belia Sabah (MBS)
38. Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (GEPIMA)
39. Majlis Belia Negeri Kelantan (MBN Kelantan)
40. Ikram Muda Malaysia
41. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
42. Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM)
43. Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia (MKBBTM)
44. Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK)
45. St John Ambulans Malaysia (SJAM)
46. Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT)
47. Persatuan Asrama Belia Malaysia (MYHA)
48. Pertubuhan Gerakan Revolusi Anak Malaysia (G3RAM)
49. Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Pemuda Isma)
50. Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina)
51. Persatuan Belia Harmoni Malaysia (Harmoni)
52. Majlis Belia Hindu Malaysia (HYO)
53. Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM)
54. Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ)
55. Majlis Belia Negeri Perak (MBNP)
56. Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT)
57. SSEAYP International Malaysia (KABESA)
58. Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM)
59. Majlis Belia Negeri Pulau Pinang (MBNPP)
60. Eight Major Chinese Youth Organization (EMCO)
61. Anti-Corruption Student Force Alumni, (ACF ALUMNI)
62. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia Negeri Perlis (PKPIM Perlis)
63. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia Negeri Kedah (PKPIM Kedah)
64. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia Negeri Kelantan (PKPIM Kelantan)
65. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia Negeri Sabah (PKPIM Sabah)
66. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia Negeri Terengganu (PKPIM Terengganu)
67. Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Pulau Mutiara (PEMBIMBING)
68. Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS)
69. Persatuan Pelajar Islam Wilayah Persekutuan (PPIWP)
70. Persatuan Pelajar Islam Negeri Sembilan (PPINS)
71. Persatuan Pelajar Islam Melaka (PEPIM)
72. Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS)
73. Kesatuan Pelajar Islam Perak (KPIP)
74. Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ)
75. Ikatan Pelajar Pelajar Pahang (IKATAN)
76. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia Kampus UIAM Gombak
77. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia Kampus UIAM Gambang
78. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia Kampus UNISEL Shah Alam
79. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia Kampus UNISEL Bestari Jaya
80. Kelab Bimbingan Mahasiswa Universiti Putra Malaysia (KBM UPM)
81. Kelab Pemikir Muda Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin (PEMIKIR UNISZA)
82. Suara Mahasiswa UMS
83. Youth and Students Federation for World Peace
84. Tong-il Moo-Do of Malaysia
85. Suara Mahasiswa UMS
86. Angkatan Mahasiswa UM
87. Mahasiswa Amanah Nasional
88. Demokrat UM
89. Idealis Mahasiswa UTHM
90. Demokrat UKM
91. VIRTUE IIUM
92. Youth Nation Club
Kenyataan Media
Tue Feb 15 2022
Rakyat diseru untuk bangkit memperkasakan dan menjadi sistem sokongan agar anak muda diberi peranan dalam mencorak model Malaysia yang lebih stabil dan kukuh daripada aspek politik, ekonomi dan sosial. - Gambar hiasan/ Bernama
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
PRN: 'Saya dah cukup umur undi'
Mohd Aiman yang bertubuh kecil mencuri tumpuan ketika berbaris menunggu giliran mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Janggus.
Hentikan sokongan melalui SD, tambah baik keadilan jenayah babit VIP - Undi18
Hentikan sistem sokongan berdasarkan kepada Akuan Bersumpah (SD) dan menambahbaik keadilan jenayah yang melibatkan individu berprofil tinggi.
Undi18: KBS semak, susun semula program pendidikan literasi politik - Adam Adli
KBS dengan kerjasama Kementerian Pendidikan sedang menyemak dan menyusun semula Program Pendidikan Literasi Politik bagi menarik minat belia.
Daftar pemilih tambahan September dibuka untuk semakan - SPR
Daftar Pemilih Tambahan Bulan September Tahun 2022 (DPT BLN9/2022) yang telah diperaku dan diwartakan, kini dibuka untuk semakan selama 30 hari bermula hari ini hingga 31 Dis.
Undi18: Pengundi kali pertama perlu bimbingan - ABIM
Kumpulan belia Undi18 adalah anak muda yang baharu hendak mengenal dunia politik dan sewajarnya mereka diberi bimbingan serta maklumat tepat.
PRU15: Libatkan NGO dan masyarakat dalam proses pemilihan calon - Fauzi Fadzil
Penglibatan langsung Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan masyarakat perlu menjadi keutamaan dalam proses pemilihan calon parti politik yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
PRU15: Isu lokal bukan tumpuan pengundi muda atas pagar - Undi18
Mereka lebih cenderung memilih calon yang mengangkat isu nasional memandangkan ramai yang tidak tinggal di kawasan mereka mengundi.
PRU15: Belia titikberatkan isu kestabilan politik, ekonomi dan kos sara hidup
Kerajaan seterusnya perlu meningkatkan usaha untuk memastikan peranan belia, kata Presiden Persatuan Pemimpin Muda UM, Lim San Shein
PRU15: Pengundi baharu mahu pemimpin bebas rasuah, selami hati rakyat
Kerajaan Persekutuan dan Negeri perlu ditadbir oleh pemimpin yang amanah dalam menjalankan tanggungjawab bagi membentuk sebuah negara yang dipandang tinggi di mata dunia.
Ku Li seru pengundi muda tidak boikot PRU15, rebut peluang mengundi
Pemilih berusia 18 tahun yang bakal mengundi buat kali pertama pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diseru keluar beramai-ramai menunaikan tanggungjawab mereka.