KUCHING: Setiap parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu bertindak secara serentak dan mempunyai objektif yang sama agar dapat mempertahankan hak Sarawak demi masa depan rakyatnya, kata Pengerusinya Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata setiap ahli perlu mengenepikan kepentingan peribadi dan mengutamakan kepentingan parti dan rakyat pada setiap masa.
Beliau berkata apabila pucuk pimpinan memutuskan calon, setiap ahli parti mesti bersungguh-sungguh menyokong calon berkenaan.
"Jangan sabotaj separuh jalan. Kerana itu tanda kesetiaan," kata Primier Sarawak itu ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tiga Tahunan (TGM) Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) ke-25 di sini hari ini.
Mengimbau kemenangan GPS memenangi 76 daripada 82 kerusi pada Pilihan Raya Negeri tahun lepas, Abang Johari berkata perpaduan yang kukuh dalam perikatan itu telah membantunya merampas semula beberapa kerusi daripada pembangkang.
Beliau berkata kemenangan besar itu menunjukkan GPS sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-15, dan berharap untuk memenangi semua 31 kerusi Parlimen di negeri ini.
Ini akan memberikan Sarawak suara yang kuat dalam memperjuangkan haknya seperti yang termaktub dalam perlembagaan, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) 1962, katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata perjuangan untuk mendapatkan hak negeri tidak boleh disalah anggap seolah-olah Sarawak antipersekutuan.
"Tidak, kami hanya memperjuangkan apa yang menjadi milik kami seperti yang termaktub dalam perlembagaan, MA63 ditambah IGC. Tidak lebih tidak kurang daripada itu," tegasnya.
Abang Johari mengucapkan tahniah kepada SUPP atas pencapaian cemerlangnya pada pilihan raya negeri yang lepas, menunjukkan parti itu bersatu dan memenangi kembali sokongan dari rakyat Sarawak, khususnya masyarakat Cina.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 21 2022
Abang Johari berkata setiap ahli perlu mengenepikan kepentingan peribadi dan mengutamakan kepentingan parti dan rakyat pada setiap masa. - Gambar fail/BERNAMA
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
Kereta 'sangkut' di jambatan gantung gara-gara GPS
Seorang wanita di Thailand berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya 'tersangkut' di jambatan gantung gara-gara mengikuti arah jalan menerusi aplikasi Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS).
Abang Johari beri jaminan tutup episod tebuk atap, kata PM
Perdana Menteri berkata, Abang Johari turut mengulangi pendirian tegas dan tidak akan bertolak ansur untuk mengekalkan Kerajaan Perpaduan sehingga pilihan raya umum akan datang.
GPS kekal kuasai DUN Jepak
Keputusan diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Jepak pada 8.30 malam di pusat penjumlahan undi di Dewan Suarah Bintulu.
Hari pengundian PRK Jepak ibarat duduki 'peperiksaan' - Calon GPS
Iskandar Turkee menyifatkan hari pengundian pada 4 Nov ini ibarat menduduki peperiksaan kenaikan pangkat sewaktu dalam perkhidmatan awam.
PRK Jepak: Manifesto GPS tawar 14 aku janji
Gabungan Parti Sarawak (GPS) hari ini melancarkan manifestonya untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak.
GPS tak mungkin capai kekuatan sekarang tanpa perpaduan ahli
GPS tidak mungkin dapat mencapai kekuatan politik yang dikecapinya sekarang, jika ahlinya gagal memupuk perpaduan dalam kalangan mereka.
Iskandar sudah tahu apa perlu dilakukan di Jepak
Iskandar menjadi pilihan GPS sebagai calon untuk mengekalkan kerusi DUN Jepak dalam PRK ini.
PRK Jepak: BN sedia bantu GPS jika diminta - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia membantu Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, Sarawak sekiranya diminta berbuat demikian.
PRN: Menteri, Timbalan Menteri GPS akan bantu calon Kerajaan Perpaduan - Abang Jo
Pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata keputusan itu dipersetujui susulan mesyuarat Majlis Tertinggi gabungan itu malam ini.
GPS putuskan cara bantu Kerajaan Perpaduan dalam PRN enam negeri malam ini - Fadillah
Pucuk pimpinan GPS akan memperincikan strategi kempen bagi menyatakan sokongan kepada calon parti politik di bawah Kerajaan Perpaduan menjelang PRN nanti.