KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan terus dipertahan selaras dengan agenda 'Keluarga Malaysia' yang menuntut kebersamaan semua pihak dalam menghadapi krisis dihadapi negara, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Timbalan Pengerusi I GRS itu berkata justeru kerajaan Sabah diterajui GRS akan mendukung usaha serta kesungguhan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam menjayakan agenda 'Keluarga Malaysia' bagi memastikan kesejahteraan rakyat di negeri ini.
Beliau berkata pendekatan 'Keluarga Malaysia' sangat tepat pada masanya untuk menstabilkan negara di saat krisis politik, kesihatan serta situasi ekonomi yang sedang dihadapi oleh rakyat Malaysia akibat penularan pandemik COVID-19.
"Pengenalan dan pendekatan baharu 'Keluarga Malaysia' amat penting untuk seluruh rakyat negara ini terus maju dan bergerak ke hadapan sebagai sebuah keluarga merentasi sempadan agama, bangsa dan kaum demi membangun negara.
"Keluarga Malaysia juga menuntut muafakat serta semangat solidariti semua pihak untuk saling berganding bahu. Ikatan serta nilai kekeluargaan ini amat penting ketika kita berhadapan dengan suasana getir untuk menjayakan agenda utama pemulihan negara," katanya dalam kenyataan hari ini.
Perdana Menteri dalam ucapan sulungnya semalam memperkenalkan pendekatan 'Keluarga Malaysia' bagi mengajak semua pihak termasuk Ahli Parlimen pembangkang untuk bersama-sama memulihkan ekonomi dan menangani masalah penularan pandemik COVID-19 secara menyeluruh.
Bung Moktar juga Ketua Badan Perhubungan UMNO Sabah berkata keterbukaan Ismail Sabri terbukti melalui rentas parti dengan mempelawa pembangkang melalui Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19 yang sewajarnya disambut baik oleh pembangkang.
"Semua pihak perlu bersatu melupakan segala perbezaaan demi mencapai kesejahteraan dan kebajikan rakyat," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 23 2021
Bung Moktar berkata, pendekatan 'Keluarga Malaysia' sangat tepat pada masanya untuk menstabilkan negara di saat krisis politik, kesihatan serta ekonomi ketika ini. - Gambar fail
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 26 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Usah politikkan isu kemiskinan tegar di Sabah - Azizah
Semua pihak terutamanya pembangkang di Sabah diminta agar tidak mempolitikkan isu kemiskinan tegar sebaliknya bersama-sama kerajaan negeri melaksanakan pelbagai usaha menoktahkan isu dihadapi rakyat.
PRN Sabah: GRS perlu kenal pasti calon berkualiti, boleh menang - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu mengenal pasti calon berkualiti untuk mewakilinya pada Pilihan Raya Negeri akan datang dan bukan calon yang melobi bagi mendapatkan kerusi untuk ditandingi.
Hajiji nafi kerajaan GRS PH Plus pimpinannya gagal
Hajiji menafikan kerajaan GRS dan Pakatan Harapan (PH) (GRS PH Plus) pimpinannya, gagal mentadbir dan membawa pembangunan untuk kesejahteraan rakyat negeri itu.
Terjemah kerjasama GRS-PH di peringkat akar umbi menjelang PRN Sabah - UPKO
Kerjasama Gabungan Rakyat Sabah dan Pakatan Harapan perlu diterjemah di peringkat akar umbi menjelang Pilihan Raya Negeri akan datang.
Perpaduan GRS-PH perlu diteruskan pada PRN Sabah - Armizan
Timbalan Setiausaha Agung GRS Datuk Armizan Mohd Ali mahu perpaduan sedia ada antara gabungan berkenaan dengan PH diteruskan dalam PRN.
GRS enggan terlibat dengan mana-mana 'langkah' tumbangkan kerajaan
Datuk Seri Hajiji Noor berkata GRS kekal memberikan sokongan penuh terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
GRS yang selamatkan Sabah - Armizan
Slogan yang dilaungkan Warisan mengenai 'Selamatkan Sabah, sejahterakan rakyat' hanya sekadar retorik dalam politik untuk 'dihidangkan' kepada rakyat.
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
PBS, STAR dijangka tandatangani memorandum kerjasama sebelum Tahun Baru Cina
Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dijangka akan menandatangani memorandum kerjasama yang antara lain bagi memperkukuh Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Hajiji yakin kerjasama GRS, PH Sabah bawa kejayaan pada PRN akan datang
Hajiji berkata, keyakinan itu berdasarkan penerimaan rakyat yang meningkat terhadap Gagasan Rakyat yang merupakan parti komponen GRS.