Guan Eng hati tisu, sekat saya di Twitter - Asyraf Wajdi

Sinar Harian
September 20, 2018 14:57 MYT
Asyraf turut menggunakan tanda pagar #hatitisu di akhir catatatnya itu.
Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki tidak menyangkakan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhati tisu apabila hari ini Guan Eng menyekatnya dalam laman sosial Twitter.
Asyraf berkata, pada masa Guan Eng menjadi pembangkang, individu berkenaan juga banyak mengkritik, namun tidak bersedia untuk berhadapan dengan situasi yang sama sebaik bergelar kerajaan.
Menurutnya, beliau baru sahaja beberapa kali melontarkan kritikan secara terus di akaun Twitter Guan Eng.
“Tak sangka rupanya Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ini berhati tisu juga. Dulu waktu jadi pembangkang banyak mengkritik, tapi dah jadi kerajaan tidak bersedia untuk dikritik.
“Baru beberapa kali saya lontarkan kritikan terus di block akaun Twitter saya. Come on Guan Eng, sudah jadi kerajaan kena bersedia juga dikritik,” kongsinya dalam catatan ringkas di Twitter peribadinya, hari ini.
Asyraf turut menggunakan tanda pagar #hatitisu di akhir catatannya itu.

Tak sangka rupanya Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng ni berhati tisu juga. Dulu waktu jadi Pembangkang banyak mengkritik, tapi dah jadi Kerajaan tidak bersedia untuk dikritik. Baru https://t.co/mMnvNFeqtb

— Dr Asyraf Wajdi (@drasyrafwajdi) September 20, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Asyraf Wajdi Dusuki #kerajaan #laman sosial #Lim Guan Eng #pembangkang #Pemuda UMNO #Twitter #UMNO