Harapan bakal jadi BN 2.0?

Sinar Harian
Mei 13, 2018 04:48 MYT
Rais turut menggesa Harapan agar tidak mengambil remeh teguran Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengenai isu pengumuman Kabinet. - Gambar fail
Pakatan Harapan (Harapan) dikhuatiri akan menjadi BN 2.0 jika terus menerima mana-mana individu dari BN memasuki gabungan itu.
Bekas menteri, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, sekiranya perkara itu berlaku maka pengorbanan selama ini adalah sia-sia.
“Kalau kini diterima masuk oleh Harapan semua pihak yang rasa tersepit hidup, maka yang akan wujud ialah BN 2.0 dengan segala peil (perangai) rosaknya. Sia-sia bergalang leher setakat ini.
“Ayuh segerakan janji-janji untuk rakyat,” katanya dalam catatan di Twitternya, awal pagi tadi.

Kalau kini diterima masuk oleh PH semua pihak yg rasa tersepit hidup maka yg akan wujud ialah BN2.0 dgn segala piel rosaknya. Sia-sia bergalang leher setakat ini. Ayuh segerakan janji-janji utk rakyat. Jgn ambil remeh teguran Rafizi. Dia dah bnyk berkorban

— RAISYATIM (@DrRaisYatim) May 12, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Semalam, tiga Adun BN di Johor mengumumkan menyertai Bersatu iaitu Adun Sedili, Rasman Ithnain; Adun Johor Lama, Rosleli Jahari dan Adun Endau, Alwiyah Talib.
BACA: Pakatan Harapan Johor tapis tindakan Adun lompat parti
Bagaimanapun, Pengerusi Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan akan menyiasat dan menapis terlebih dahulu pemimpin parti lain yang menyeberang ke Harapan.
Dalam perkembangan lain, Rais turut menggesa Harapan agar tidak mengambil remeh teguran Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengenai isu pengumuman Kabinet.
“Jangan ambil remeh teguran Rafizi. Dia dah banyak berkorban,” katanya.
#ADUN #Barisan Nasional #Bersatu #kabinet #lompat parti #Mahathir Mohamad #Pakatan Harapan #PKR #PPBM #Rafizi Ramli #Rais Yatim #Twitter