Bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menasihati ahli dan pemimpin UMNO di semua peringkat untuk menghentikan pertelingkahan dalam parti itu.
Menurutnya, jika pertelingkahan dalaman berterusan, ia akan merugikan UMNO terutama dalam berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.
"Tengok apa yang mereka (ahli dan pemimpin UMNO) buat, tengok apa yang baik. Fikir perkara yang baik, perkara yang elok. Jadi senang lah.
"Tapi kalau semua asyik berkelahi, bersepah-sepah di merata tempat, berkelahi tak habis-habis nak jadi apa?," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri, Majlis Paralimpik Malaysia di sini, hari ini.
Abdullah berkata demikian apabila ditanya berhubung nasib UMNO berdepan PRU-14 tatkala beberapa pemimpin dan ahli parti itu dipecat, digantung keahlian selain memilih untuk keluar UMNO.
Justeru beliau berkata, polemik di dalam UMNO akan berterusan sekiranya tiada kesepakatan dan usaha ahlinya di semua peringkat.
"Kita tengok lah, kan. Kalau dia tak mahu berusaha akan jadi susahlah," kata Abdullah.
Sebelum ini, Majlis Tertinggi UMNO (MT) mengumumkan pemecatan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ahli MT Datuk Seri Mukhriz Mahathir selain menggantung keahlian Naib Presiden, Datuk Seri Shafie Apdal yang kemudian membuat keputusan keluar daripada UMNO.
Susulan itu, beberapa pemimpin dan ahli UMNO di peringkat bahagian serta cawangan di Sabah membuat keputusan untuk keluar daripada parti Melayu terbesar itu.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Jul 14 2016
Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi (tiga, kanan) menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri, Majlis Paralimpik Malaysia di Kompleks Kecemerlangan Sukan Paralimpik di sini, hari ini. - Foto Astro AWANI / Harits Asyraf Hasnan
Pukul warga emas, polis tahan pemilik, pembantu rumah kebajikan
Beliau berkata siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa yang nyanyuk dikatakan sering mendatangkan masalah.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
AWANI Ringkas: SPRM sahkan Tun M antara disiasat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CEO Microsoft Satya Nadella dijadual lawat Malaysia pada 2 Mei
Lawatan ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Henti pertelingkahan dalaman UMNO dalam berdepan PRU-14 - Tun Abdullah
Menurutnya, jika pertelingkahan dalaman berterusan, ia akan merugikan UMNO terutama berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.