KUALA LUMPUR: Seiring dengan era digital dan permintaan terhadap penciptaan kandungan, pengeluar telefon pintar terkemuka, HONOR kini melancarkan HONOR 50 5G khusus bagi menawarkan pengalaman vlog terbaik kepada peminat jenama itu.

Penciptaan peranti terbaharu diperkenalkan ini memenuhi keperluan pengguna dan peranti terbaik bagi mereka yang lebih gemar kepada set rakaman lebih minimal ketika ingin membuat penggambaran.

Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Malaysia, Justin Li berkata, peranti tersebut dilengkapi dengan ciri rakaman multi video dan enam mod penggambaran vlog yang sesuai dengan kepelbagaian kaedah pembikinan video mengikut kreativiti pengguna.

“Ini yang menariknya, bersama ciri rakaman multi video dan penggambaran pelbagai sudut pengguna kini boleh menghasilkan vlog yang menarik dengan proses suntingan minimum selepas rakaman.

Single to dual recording. Semasa membuat rakaman, kita boleh beralih daripada rakaman lensa tunggal dan rakaman lensa dwi hadapan dan belakang mengikut kreativiti pengguna. Proses vlog adalah penuh dengan kejutan dan tak dapat dijangka,” katanya.


HONOR 50 5G | Siri terbaik HONOR bagi pengalaman vlog pengguna

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran HONOR 50 5G yang diadakan secara maya baru-baru ini.

Prestasi HONOR 50 juga digerakkan oleh cip Snaddragon 778G, bersama RAM 8GB dan storan sehingga 256GB. Peranti ini mempunyai skrin sedikit kecil dan rata, sebesar 6.57 inci tetapi masih dari jenis 120Hz HD penuh dan kadar sentuhan pensampelan 300Hz, permainan yang mengasyikkan boleh dirasai dengan HONOR 50.

Bateri lebih besar di pasang di dalam HONOR 50, berkapasiti 4,300mAh tetapi dengan sokongan pengecasan pantas 66W.

Peranti ini turut mempunyai kamera utama 108 megapiksel (MP) F1.9, kamera ultra lebar 8MP, kamera makro 2MP dan kamera potret 2MP. Tetapi kamera hadapan hanya satu, dengan sensor 32MP.

Bagi varian 6+128GB, ada dua warna boleh dipilih iaitu midnight black dan warna eksklusif HONOR Code. Manakala varian 8+256GB disediakan dalam tiga pilihan warna iaitu midnight black, frost crystal dan emerald green.

HONOR 50 5G storan 128 gigabite (GB) ditawarkan pada harga RM1,699 manakala, storan 256GB pada harga RM1,999.