INSTITUT Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) mengalu-alukan pelantikan Datuk Johari Abdul atas pelantikannya sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Pelantikan beliau diiringi harapan yang amat tinggi untuk untuk menjalankan tugasnya dengan tegas, saksama dan adil dalam situasi yang dijangkakan akan menjadi sangat mencabar di Parlimen berikutan jajaran baharu yang dibentuk dalam kalangan parti-parti politik.
IDEAS juga mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana telah berjaya mendapatkan undi percaya di Dewan Rakyat, yang akan menstabilkan lagi keadaan politik semasa. Mengulas mengenai situasi ini, Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS Dr Tricia Yeoh berkata: “Kami mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan semasa atas perkembangan hari ini. IDEAS berharap kejayaan undi percaya ini memberikan jaminan kestabilan politik kepada kerajaan dan komuniti pelabur, yang sangat penting dalam memastikan dasar dapat dilaksanakan dengan berkesan."
Namun begitu, IDEAS ingin menyatakan kebimbangan terhadap klausa peletakan jawatan secara automatik dalam Perjanjian Persefahaman (MoU) Kerajaan Perpaduan, iaitu Ahli Parlimen daripada parti gabungan dianggap telah meletakkan jawatan mereka sekiranya mereka mengundi mengikut kehendak mereka dalam mana-mana perkara prosedur di Parlimen. “Langkah ini bertentangan dengan prinsip kebebasan berpersatuan dan amat hampir dengan tingkah laku autoritarian, memandangkan Ahli Parlimen perlu menggunakan pertimbangan masing-masing dalam hal dasar dan undang-undang dan mungkin kadang-kadang mengambil pendirian yang berbeza daripada parti politik mereka. Kami bimbang bahawa dalam hasrat kerajaan untuk mencapai kestabilan, ia sebaliknya membawa kepada membendung perbezaan pendapat," kata Dr Yeoh.
Sehubungan itu, IDEAS ingin mengulangi peranan penting Perikatan Nasional sebagai pembangkang. Pembentukan Kabinet Bayangan harus dimulakan secepat mungkin untuk memastikan semak dan imbang ke atas pihak kerajaan. Berikutan kenyataan awam Perikatan Nasional pada 30 November bahawa mereka sedang membentuk Kabinet Bayangan, jangkaan terhadap menteri Kabinet bayangan untuk memenuhi janji dan melaksanakan tanggungjawab mengikut portfolio mereka.
Melangkah ke hadapan, IDEAS berharap dapat bekerjasama dengan semua parti politik untuk meneruskan reformasi institusi perundangan seperti Akta Pendanaan Politik, Akta Dana Pembangunan Kawasan, Akta Perolehan Kerajaan dan Akta Tanggungjawab Fiskal. Pertemuan dengan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Menteri Undang-undang dan Pembaharuan Institusi yang baru dilantik khususnya, serta pemimpin pelbagai blok politik, termasuk Ketua Pembangkang, akan menjadi amat penting.
Akhir sekali, IDEAS menyokong penuh kenyataan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir baru-baru ini bahawa cabang eksekutif tidak seharusnya mendapat faedah eksklusif untuk mencalonkan mana-mana daripada sembilan ahli Jawatankuasa Pelantikan Kehakiman (JAC). Untuk memperbaiki kelemahan sedia ada serta memastikan kebebasan badan kehakiman yang lebih besar, cadangan untuk menurunkan kuasa tersebut kepada badan institusi lain seperti Badan Peguam Malaysia dan jawatankuasa pilihan khas Parlimen mesti dipertimbangkan dengan serius.
Dalam hari-hari mendatang, IDEAS akan kekal konsisten dalam meneliti pelantikan yang dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia ke-10. Hal ini termasuk pelantikan Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya. Kami juga akan terus melaksanakan penjejakan dan pemantauan lantikan politik dalam Badan Berkanun Persekutuan (FSB) dan memperluas untuk memasukkan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) terpilih yang akan tersedia di laman sesawang Pantau Kuasa kami (https://www.pantaukuasa.com).
“Dalam hal ini, adalah mengecewakan apabila melihat pelantikan semula Ahmad Jazlan daripada UMNO sebagai Pengerusi Felcra beberapa hari selepas komitmen kerajaan untuk menghentikan lantikan politik dalam GLC. Akhirnya, memulihkan keyakinan dan kepercayaan orang ramai terhadap institusi adalah tanggungjawab sama rata kerajaan dan pembangkang. Kedua-duanya adalah pemain utama dalam melaksanakan pembaharuan yang akan berlaku di Malaysia dalam masa terdekat dan kami menekankan kepentingan semua pihak untuk memainkan peranan ini”, kata Dr Yeoh memberikan kesimpulan.
IDEAS
Kenyataan Media
Mon Dec 19 2022
IDEAS juga mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana telah berjaya mendapatkan undi percaya di Dewan Rakyat. - Gambar/ Bernama
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
Lelaki ditahan bantu siasatan kes bawa 'kwantao'
Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di rumahnya pada 12.20 tengah malam selepas polis menerima laporang daripada seorang lelaki berusia 31 tahun pada 11.48 malam tadi.
Polis tumpas sindiket proses, edar MDMA di pusat hiburan
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis MDMA di pusat hiburan dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan di sekitar daerah Timur Laut.
SKM lulus bantuan RM246,000 menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi
SKM meluluskan bantuan berjumlah RM246,000 menerusi SCOPE kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad.
Op Khas Pagar Laut: APMM rekod 121 tangkapan, rampasan bernilai RM9 juta
Sebanyak 121 tangkapan melibatkan 145 kes pelbagai kesalahan melibatkan rampasan bernilai RM9 juta berjaya direkodkan sepanjang pelaksanaan Op Khas Pagar Laut.
Jangan jadikan kes dera, abai kanak-kanak sebagai kandungan media sosial
Orang ramai atau mangsa penderaan dan pengabaian dinasihatkan tidak berkongsi video atau gambar kejadian itu sebagai kandungan media sosial.
AWANI Tonight: 23rd April 2024
#AWANITonight with Hafiz Marzukhi
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
10 Berita Pilihan - (23 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Buletin AWANI Khas: Siasatan nahas helikopter TLDM, apa perlu kita tahu?
AWANI Ringkas: Jasad Joseph Kurup selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
PRK Kuala Kubu Baharu: Komponen BN bertanggungjawab bantu calon Kerajaan Perpaduan
Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata tanggungjawab itu perlu dilaksana kerana BN adalah sebahagian Kerajaan Perpaduan.
PRK Kuala Kubu Baharu: PH akan muktamad calon, bertanding atas nama Kerajaan Perpaduan
Nik Nazmi berkata, keputusan akhir akan dibuat oleh DAP dan akan dibincangkan bersama anggota komponen Kerajaan Perpaduan.
PRK Kuala Kubu Baharu: DAP sokong penuh siapa sahaja calon Kerajaan Perpaduan - Nga
DAP akan memberi sokongan penuh kepada siapa sahaja calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Parti komponen BN perlu bantu calon Kerajaan Perpaduan - Mohamad Hasan
Mohamad Hasan berkata ini kerana BN menghormati sistem yang diperakukan sebelum ini bahawa parti penyandang akan diberi keutamaan untuk meletakkan calon bertanding dalam PRK.
Saya masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk bangkitkan semangat parti - Tengku Zafrul
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih lagi setia bersama parti itu walaupun pernah mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
PN sambut baik keputusan kerajaan beri peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang
Perikatan Nasional (PN) menyambut baik keputusan yang dibuat kerajaan bagi memberikan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.
Kerajaan Perpaduan umum calon PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan - Zambry
Zambry memaklumkan bahawa pengumuman mengenainya akan dibuat sekitar dua hari sebelum penamaan calon.
Kerajaan rangka MoU peruntukan wakil rakyat pembangkang - TPM Fadillah
MoU akan dirangka terlebih dahulu dan akan dipanjangkan kepada pihak pembangkang sebagai langkah perundingan seterusnya.
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.