Ini contoh politik matang, UMNO dan DAP sama-sama edar buah kurma

Astro Awani
Julai 6, 2014 14:25 MYT
Ini contoh politik matang, UMNO dan DAP sama-sama edar buah kurma
Ketua Pemuda UMNO Kluang Datuk Khairul Anwar Rahmat hari ini menjemput Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong untuk sama-sama melawat bazar Ramadan di Bandar Kluang.
Foto mereka yang sama-sama di lokasi tersebut mengedar buah kurma dan bubur lambuk kepada pengunjung tersebar di media sosial.
Isnin lalu, rombongan Ahli Parlimen Kluang itu telah dihalang daripada memasuki kawasan Bazar Ramadan tersebut.
Rata-rata komen di media sosial menganggap tindakan Ketua Pemuda UMNO Kluang itu sebagai satu politik yang matang.

Ni aku kasi A+ pic.twitter.com/XwDdtyMfrA

— Nazri Ishak (@techsupremo) July 6, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

politik matang http://t.co/JvaTyb2pjn

— blalang (@blalang) July 6, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#PolitikMatang indeed! Spirit of Ramadan prevails! RT @techsupremo: Ni aku kasi A+ pic.twitter.com/2Z4a2Jx2tZ

— klubbkidd™ (@klubbkiddkl) July 6, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, Khairul menyelar tindakan segelintir petugas yang bertindak menghalau Ahli Parlimen Kluang itu dari bazar tersebut.
“Kami dengan tegas dan lantang, mahu memaklumkan bahawa segala tindakan atau perlakuan petugas Bazar Ramadan Kluang adalah tidak menggambarkan sama sekali akhlak Pergerakan Pemuka UMNO Kluang, sebaliknya ia adalah di atas kapasiti individu,” katanya dalam satu kenyataan.
Isnin lalu, sekumpulan petugas yang mengenakan vest berlogo UMNO telah menghalang dan menghalau rombongan Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong dan ADUN Mengkibol Tan Hong Pin dari melawat bazar Ramadan di bandar Kluang.
#Khairul Anwar Rahmat #Kluang #Liew Chin Tong #Ramadan