SHAH ALAM: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul menjelaskan anaknya, Mohammed Iqbal telah berkhidmat sebagai pegawainya sejak 14 tahun lalu ketika beliau menjadi Ahli Parlimen Sungai Petani.
Justeru katanya, tidak timbul sebarang isu tentang pelantikan rasmi bagi membolehkan anaknya itu dilantik sebagai pegawai di pejabat Speaker Dewan Rakyat.
Iqbal katanya, membantu dalam menguruskan beberapa isu di bekas kawasan Parlimennya itu.
"Ini bukan pelantikan, there’s nothing yet (tak ada apa-apa setakat ini).
"Iqbal ini pegawai saya semasa saya jadi wakil rakyat selama 14 tahun lepas, jadi sekarang dia hanya meneruskan tugasnya, itu saja.
"Gaji dia juga saya yang bayar, jadi apa masalahnya?” katanya sebagaimana dilaporkan sebuah portal berita pada Jumaat.
Pelantikan Iqbal sebagai pegawai Johari di Parlimen mendapat perhatian ramai di media sosial.
Antara individu yang awal membuat dakwaan tersebut ialah ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Badrul Hisham Shaharin melalui ciapan di Twitter pagi Khamis yang mempersoalkan tindakan Johari.
Badrul Hisham mendakwa nama penuh anak Johari, Mohammed Iqbal telah dipinda dalam direktori kakitangan Parlimen dengan nama bapanya dipadamkan. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Feb 03 2023
Menurut Johari, anaknya itu membantu dalam menguruskan beberapa isu di bekas kawasan Parlimennya.- Gambar fail/BERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
SkyTrax: Kedudukan KLIA jatuh ke tangga 71
Kedudukan KLIA kini di tangga ke-71 mengikut Senarai Lapangan Terbang Terbaik Dunia SkyTrax 2024, jatuh empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya.
China arahkan Apple keluarkan WhatsApp dan Thread daripada App Store
Kerajaan China mengarahkan Apple untuk mengeluarkan aplikasi Whatsapp dan Threads daripada App store China.
Empat pelari terlibat kontroversi dilucut pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat, lapor Xinhua.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pemerkasaan Parlimen.
Anwar hadiri rumah terbuka Yang Dipertua Dewan Rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, hari ini menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Parlimen gunakan sistem eHantar bagi urusan Dewan mulai esok - Johari
Parlimen Malaysia akan melaksanakan sistem eHantar mulai esok sebagai satu daripada usaha terkini mendigitalkan urusan dewan Rakyat.
Johari seru warga Parlimen gembleng tenaga tingkat prestasi
Warga Parlimen Malaysia perlu menggembleng tenaga untuk meningkatkan prestasi institusi berkenaan dengan mendemokrasikan Parlimen.
Wan Junaidi, Johari hadiri persidangan CSPOC di Uganda esok
Wan Junaidi dan Johari Abdul akan menghadiri persidangan Conference of Speakers and Presiding Officers of The Commonwealth di Uganda.
Sidang Dewan Rakyat pamer tahap akauntabiliti tertinggi - Johari
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata ia dapat dilihat menerusi keberkesanan perjalanan urusan persidangan itu, sesi Kamar Khas dan fungsi setiap JKPK Dewan Rakyat.
'Kita berkawan tapi bila saya duduk di sini, saya hilang kawan' - Johari
Tan Sri Johari Abdul sekali lagi mengulangi pendirian beliau tidak memihak kepada mana-mana blok ahli Parlimen ketika mempengerusikan persidangan.
Ahli Parlimen perlu kurangkan politik parti, tingkat kualiti perbahasan - Johari
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mahu Ahli Parlimen mengurangkan politik kepartian dan meningkatkan kualiti perbahasan pada sesi akan datang.
Lafaz Rukun Negara setiap sesi pembukaan penggal Dewan Rakyat - Johari
Lafaz Rukun Negara akan dilaksanakan pada setiap sesi pembukaan penggal Dewan Rakyat, iaitu pada hari kedua mesyuarat pertama setiap penggal Parlimen.