Ismail Sabri PM ke-9: Ahmad Zahid bersyukur, Najib Razak ucap selamat

Astro Awani
Ogos 20, 2021 11:05 MYT
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersyukur, manakala Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan selamat berkhidmat kepada Perdana Menteri yang baharu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan syukur dan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri yang baharu.
Ahli Parlimen itu turut melahirkan penghargaan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas pelantikan berkenaan.
"Syukur Alhamdulillah. Tahniah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan setinggi-tinggi Penghargaan Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan seluruh Raja-Raja Melayu," katanya melalui satu hantaran di laman sosial Facebooknya pada Jumaat.
Sumber Facebook zahidhamidi.fanpage
[INFOGRAFIK] Profil Datuk Seri Ismail Sabri
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Ismail Sabri PM ke-9
Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak secara ringkas mengucapkan selamat berkhidmat kepada Ismail Sabri.
"Selamat berkhidmat kepada YAB PM Ke-9 Malaysia," katanya di laman sosial Facebooknya pada Jumaat.
Sumber Facebook najibrazak
#Facebook #ismail sabri yaakob #Malaysia #Najib Razak #Zahid Hamidi #Yang di-Pertuan Agong #UMNO #laman sosial #Parlimen #Perdana Menteri #PM