KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara menyiarkan Warta Kerajaan Persekutuan, Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan 2021 berhubung pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri sehingga pelantikan Perdana Menteri baharu.

Warta itu memaklumkan fungsi Muhyiddin yang dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab mengenai semua jabatan Kerajaan Persekutuan dan perkara yang jabatan itu bertanggungjawab sehingga pelantikan menteri lain dalam Jemaah Menteri.

Perintah itu berkuat kuasa semalam.

BACA: [LAPOR LANGSUNG] Pembentukan kerajaan baharu, siapa bakal Perdana Menteri?

[TERKINI] Muhyiddin jalankan tugas 'caretaker' PM - Istana Negara

Warta itu turut memaklumkan pembatalan Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan (No. 3) 2020 [P.U. (A) 201/2020].

[TERKINI] Perutusan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin | 16 Ogos 2021


Semalam, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan Muhyiddin menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri sementara atau 'caretaker' sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

Pelantikan sebagai perdana menteri sementara itu diputuskan setelah Seri Paduka berkenan menerima surat peletakan jawatan Muhyiddin sebagai perdana menteri dan jawatan seluruh Jemaah Menteri yang berkuat kuasa semalam.

-- BERNAMA